72146

Jelajah Suria 10 Tahun Batu Pahat Meriah! - Suria FM - Segalanya Hiburan

dsc06513

Hujung minggu lalu, para penyampai Suria dan beberapa orang artis popular telah sama-sama memeriahkan siri Jelajah Suria 10 Tahun di selatan tanah air, di Batu Pahat, Johor.

dsc06535

Acara yang berlangsung di Batu Pahat Mall itu benar-benar mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Malah pihak Suria begitu kagum melihat sokongan yang telah diberikan oleh penduduk sekitar Batu Pahat yang sanggup singgah untuk bertemu dengan para penyampai Suria secara dekat selain menyaksikan persembahan artis-artis kesayangan mereka secara langsung.

dsc06368

Artis-artis yang datang bukan sahaja membuat persembahan, malah turut sama mendekati para peminat dengan mengambil bahagian dalam aneka permainan yang telah dirancang. Dari balutan tisu sampailah ke letupan belon-belon oleh para peserta yang sporting, permulaan siri jelajah Suria ini memang mendapat sambutan yang hebat dari golongan artis. Malah ada juga yang tidak kekok untuk bersuafoto dengan peminat masing-masing.

dsc06425

Banyak juga permainan dan persembahan yang tidak dirancang, namun itu sama sekali tidak menggugat perjalanan acara sepanjang hari kerana para artis yang bersikap selamba dan benar-benar mahu menghiburkan peminat mereka.

dsc06382

Antara artis yang sama-sama menjayakan siri Jelajah Suria 10 Tahun di Batu Pahat termasuklah Wani, Haqiem Rusli, Sandra, Drama Band, Ippo Hafiz, Aizat Amdan dan juga Dato Hattan.

Kami di Suria sangat berbesar hati dan ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penduduk Batu Pahat yang turut sama memeriahkan siri jelajah kami.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!