jelajah-suria-taiping

Sejak memperkenalkan tagline ‘Segalanya Hiburan’, stesen radio Suria bergiat aktif dalam menghasilkan siri original seperti Jangan Tutup Lampu, Suria Jam, Apa Itu Cinta, Sensasi Suria dan yang terbaru siri travelogue Kembara Lagu Untuk Laila. Malah, Suria juga turut kerap turun padang bertemu peminat di sekitar Lembah Klang, Pantai Timur dan Utara tanah air.

Menurut Cik Roslinda, Pengurus Kandungan Program Suria atau dikenali sebagai DJ Lin, objektif penganjuran Jelajah Suria pada tahun lepas adalah sebagai hadiah ulang tahun ke-10 Suria, namun kini Suria ingin bawakan jelajah ini secara tahunan sebagai tanda terima kasih kami kepada pendengar-pendengar setia kami di seluruh negeri atas sokongan tanpa henti terhadap Suria.

Untuk permulaan Jelajah Suria pada tahun 2018 ini, barisan penyanyi berbakat seperti Liza Hanim, Tajul, Projector Band, Bagio Damansutra, Shaa dan Qalam Band bakal membuat persembahan pada jelajah yang akan diadakan pada 10 Mac 2018, Sabtu bertempat di Taiping Sentral Mall, Perak.

Malah, barisan penyampai radio Suria seperti Sharifah Shahirah, Fizi Ali, Zulin Aziz, Bob Ringgo, Tyzo, Suraya, DJ Lin dan Halim Othman akan turut hadir memeriahkan Jelajah Suria ini.

Selain daripada dapat bertemu empat mata bersama artis dan penyampai Suria kegemaran, peminat juga berpeluang menyertai pelbagai permainan pentas yang disediakan dan memenangi wang tunai, barangan eksklusif Suria serta hadiah misteri!

“Alhamdulillah. Melalui Jelajah Suria, jenama Suria semakin dikenali bukan sahaja melalui radio, malah melalui portal hiburan kami di suria.my yang menawarkan pengisian digital yang terbaru lagi menarik.” tambah DJ Lin.

Kepada orang ramai yang tidak dapat hadir ke Jelajah Suria ini, mereka juga boleh menonton klip persembahan melalui laman sesawang images.suria.my dan Facebook @SuriaMalaysia.

Layari laman web images.suria.my untuk menonton video berdurasi pendek terbitan Suria seperti Suria Jam, #ApaItuCinta, siri travelogue Kembara Lagu Untuk Laila dan banyak lagi.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. Gunakan #JelajahSuria untuk sebarang interaksi berkaitan jelajah ini di laman sosial.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!