92482

Jelajah Suria 2019 Kuantan Dibanjiri Ribuan Peminat Kugiran Masdo - Suria FM - Segalanya Hiburan

Aura Kugiran Masdo tidak dapat disangkal lagi apabila ribuan peminat mereka di sekitar Pahang membanjiri Jelajah Suria 2019 di Kuantan City Mall, sabtu lepas. Kugiran Masdo yang pertama kali menyertai Jelajah Suria mendendangkan lagu popular mereka iaitu Bercanda Di Malam Indah dan Dinda membuatkan peminat mula berdiri dan berasak ke hadapan pentas menyaksikan persembahan mereka dengan lebih dekat. Persembahan Kugiran Masdo ini turut disiarkan secara langsung menerusi frekuensi SURIA di seluruh Semenanjung Malaysia dan menarik lebih 15 ribu jumlah tontonan menerusi platform media sosial Facebook Suria FM.

“Ini adalah pertama kali Kugiran Masdo mengikuti siri Jelajah Suria. Kami amat teruja dan tidak sangka menerima sambutan yang amat luar biasa daripada mereka yang hadir. Terima kasih kepada Suria FM juga kerana memberi peluang kepada Masdo untuk bertemu peminat di Kuantan. Teruskan menyokong Masdo dan Suria FM.” kata wakil Kugiran Masdo.

Penyampai Suria, Issey turut tidak menyangka persembahan lagunya Alololo mendapat pelbagai reaksi daripada warga Kuantan. Issey berkata penerimaan orang Kuantan terhadap lagu Alololo membuktikan bahawa sasaran lagu tersebut untuk menghiburkan orang ramai itu ternyata menjadi.

Kuantan City Mall, Kuantan Pahang merupakan lokasi kedua Jelajah Suria untuk tahun 2019 yang turut menampilkan beberapa artis jemputan seperti Sufian Suhaimi, Nabila Razali, Amir Masdi, Nizam Laksamana, Fieya Julia, Siti Sarah dan Kucaimars selain daripada penampilan istimewa penyampai-penyampai Suria seperti Fizi Ali, Issey, Cik Piah, , Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya dan DJ Lin.

Selain menyaksikan persembahan artis, pengunjung yang hadir turut dihiburkan dengan pelbagai aktiviti pentas seperti Kutu Karoks, Cuci Lagu Suria dan permainan pentas lain yang menawarkan wang tunai dan barangan eksklusif Suria FM.

Pertandingan Kutu Karoks merupakan antara aktiviti yang paling dinanti setiap kali Jelajah Suria. Seawal jam 12 tengah hari lagi, peserta kelihatan beratur bagi mendaftarkan diri untuk menyertai pertandingan yang menawarkan wang tunai berjumlah hampir RM500 dan hamper tajaan syarikat rakaman FMC.

Lokasi Jelajah Suria seterusnya di AEON Station 18, Ipoh pada Sabtu ini, 30 Mac 2019  yang akan menampilkan kesemua penyampai Suria dan artis jemputan seperti  Andi Bernade, Amir Ukays, Adira, Amir Masdi, Siti Nordiana, Tajul, Fareez Fauzi, Muna Syahirah, Naim Daniel dan Vicha.

Anda masih berpeluang merebut sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM25,000 dan beberapa unit telefon pintar serta gajet terkini setiap hari menerusi peraduan Cuci Lagu Suria sehingga 5 April 2019 ini! Jadi pemanggil pertama di talian 03-77242115 apabila mendengar isyarat memanggil ke udara menerusi segmen Team Pagi Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta.

Anda akan diberikan klip audio yang telah disunting dan harus meneka nama penyanyi dan lagu dalam masa 10 saat. Wang tunai bernilai RM250 akan menjadi milik anda jika anda berjaya meneka tanpa menggunakan apa-apa bantuan. Anda boleh mendapatkan dua pilihan bantuan untuk membolehkan sedutan lagu tersebut dapat didengarkan dengan lebih jelas. Jika pendengar tersebut berjaya menjawab di Jam Bonus, anda akan mendapat hadiah tambahan berupa telefon pintar atau gajet terkini bernilai ribuan ringgit!

Dapatkan juga maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria www.suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. Gunakan #JelajahSuria2019 untuk sebarang interaksi berkaitan jelajah ini di laman sosial.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!