92373

Jelajah Suria di Angsana Johor Bahru Mall Riuh! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Lokasi pertama Jelajah Suria 2019 di Angsana Johor Bahru Mall pada hari Sabtu yang lepas riuh dengan kehadiran ribuan peminat dan pendengar setia SURIA FM.

Warga Johor kelihatan sudah membanjiri perkarangan pentas lokasi Jelajah Suria seawal jam 12 tengah hari bagi mendaftarkan diri menyertai pertandingan Kutu Karoks yang menawarkan hadiah wang tunai dan hamper.

Bukan itu sahaja, sementara menunggu kehadiran penyampai-penyampai Suria seperti Issey, Cik Piah, Sharifah Shahirah, Tyzo, Suraya, DJ Lin dan penyampai jemputan Ain Sufiaa, pengunjung yang hadir turut menerima pelbagai hadiah istimewa daripada krew Suria Wheels dan wakil mStar Online menerusi kuiz soal jawab.

Tepat pada jam 3 petang, tepukan gemuruh mengiringi barisan penyampai-penyampai SURIA yang naik ke atas pentas membuat persembahan. Tambah gamat apabila penyampai Team Pagi Suria, Issey turut mendendangkan lagunya, Alololo sebelum memperkenalkan barisan penyampai Suria yang lain.

Oleh kerana baru menimang cahaya mata, Fizi Ali tidak dapat turut serta namun begitu beliau merakamkan sedikit pesanan buat pendengar setia Suria yang datang menerusi perkongsian video yang dilayarkan di LED skrin.

Konsert Jelajah Suria yang pertama untuk tahun 2019 ini dimeriahkan dengan persembahan daripada barisan artis-artis popular tanah air seperti Akim & The Majistret, Siti Nordiana, Tomok, Hazama, Hafiz Shuib, Amir Masdi, Adira, Gmie Screen, One Avenue Band dan juga artis baru seperti Muna Shahira dan Chubb-e.

Acara ini turut disiarkan secara langsung di radio Suria bermula jam 5 petang hingga 6 petang menerusi frekuensi SURIA di seluruh Semenanjung Malaysia. Persembahan daripada Gmie Screen menjadi medan karaoke terbesar apabila hampir kesemua pengunjung yang hadir menyanyikan lagu ‘Bila Cinta di Dusta’ bersama-sama.

“Siaran langsung ini diadakan selama satu jam sahaja bagi berkongsi kemeriahan Jelajah Suria bersama peminat dan pendengar setia SURIA yang tidak dapat hadir dan juga turut menarik minat mereka yang mendengar untuk datang ke lokasi Jelajah Suria seterusnya,” kata Roslinda Abd Majid (DJ Lin) selaku Pengurus Kanan Suria.

Lokasi Jelajah Suria seterusnya adalah di Kuantan City Mall, Pahang pada 23 Mac 2019 ini. Selain daripada dapat beramah mesra bersama semua penyampai Suria, pengunjung juga akan dihiburkan dgn persembahan artis jemputan seperti Siti Sarah, Sufian Suhaimi, Nizam Laksamana, Nabila Razali, Adira, Amir Masdi, Masdo, Fieya Julia dan Kucaimars.

Tarikh dan lokasi Jelajah Suria 2019 adalah seperti berikut:

TARIKHLOKASI
23 Mac 2019Kuantan City Mall, Pahang
30 Mac 2019AEON Station 18, Ipoh
6 April 2019Aman Central, Alor Setar

Kaunter pendaftaran untuk pertandingan ‘Kutu Karoks’ akan dibuka seawal jam 12.30 tengah hari dan pengunjung boleh memenangi sebahagian daripada hadiah wang tunai berjumlah RM500!

Dengarkan juga Team Pagi Suria bersama penyampai jemputan ‘Super 8’ Team Pagi Suria minggu ini, PU Azman setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.00 pagi – 10.00 pagi.

Rebut sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM25,000 dan beberapa unit telefon pintar serta gajet terkini setiap hari menerusi peraduan Cuci Lagu Suria bermula pada 18 Mac ini sehingga 5 April 2019. Jadi pemanggil pertama di talian 03-77242115 apabila mendengar isyarat memanggil ke udara menerusi segmen Team Pagi Suria, Gaya Suria, Suria Petang dan Suria Cinta.

Pemanggil pertama akan diberikan klip audio yang telah disunting dan harus meneka nama penyanyi dan lagu dalam masa 10 saat. Jika berjaya, mereka akan mendapat wang tunai berjumlah RM250. Pendengar boleh dapatkan dua pilihan bantuan untuk membolehkan sedutan lagu tersebut dapat didengarkan dengan lebih jelas. Jika pendengar tersebut berjaya menjawab di Jam Bonus, mereka akan mendapat hadiah tambahan berupa telefon pintar atau gajet terkini bernilai ribuan ringgit!

Dapatkan juga maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria www.suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. Gunakan #JelajahSuria2019 untuk sebarang interaksi berkaitan jelajah ini di laman sosial.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!