89611

Jelajah SURIA Di Meru Ipoh Gamat! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sabtu lalu telah berlangsung Konsert Jelajah SURIA di pasaraya Mydin Meru Ipoh Perak.

Apa yang menariknya untuk sesi jelajah kali ini, seluruh kru SURIA FM telah pergi ke Meru Ipoh bersama bas khas yang turut menampilkan wajah-wajah penyampai SURIA.

Memang terasa kemeriahannya seperti mengikuti rombongan. Mana taknya boleh anda bayangkan semua penyampai dan kru SURIA menempuhi perjalanan bersama-sama dalam satu bas? Memang kecoh jadinya!

Seawal jam 12 tengah hari lagi, sudah ramai warga Meru yang membanjiri perkarangan pentas utama Mydin Meru Ipoh. Semuanya gara-gara mahu menyertai pertandingan Kutu Karoks yang menawarkan hadiah wang tunai.

Tepat jam 2 petang, rombongan penyampai-penyampai SURIA pun tiba di Mydin Meru Ipoh. Kehadiran penyampai-penyampai SURIA yang terdiri daripada DJ Lin, Feeya Iskandar, Sharifah Shahira, Fizi Ali, Issey, Suraya Borhan, dan Tyzo disambut dengan begitu meriah oleh warga Ipoh.

Konsert Jelajah SURIA kali ini dimeriahkan dengan persembahan artis-artis popular tanah air seperti Wany Hasrita, Tajul, Syamel, Amir Masdi, One Avenue Band, Wani Alhamdulillah, Naim Daniel dan Eza Edmond.

Sepatutnya penyanyi otai Ameng Spring turut sama akan membuat persembahan, namun disebabkan kesesakan lalulintas yang luar biasa, beliau tidak dapat meneruskan perjalanan ke Meru Ipoh.

Namun penonton telah dihiburkan oleh persembahan khas oleh tiga bintang muda iaitu Syamel, Tajul dan Amir Masdi yang begitu ‘sporting’ menyanyikan lagu Ameng Spring demi menghiburkan peminat. Nasib baik ketiga-tiga mereka memang sudah menghafal lirik. Peminat pun sangat terhibur dengan persembahan bersahaja mereka bertiga.

Konsert pada hari itu diakhiri dengan sesi ‘meet & greet’ di atas pentas utama bersama penyampai-penyampai SURIA dan artis-artis undangan. Memang gamat jadinya, bagai nak runtuh pentas utama diserbu oleh peminat-peminat yang ingin bergambar. Mujur berjaya dikawal.

Apa-apa pun peminat-peminat di Meru Ipoh memang sangat ‘havoc’ dan ‘sporting’ habis! Terima kasih kerana setia menyokong SURIA FM, jika ada rezeki kita akan berjumpa lagi.

Seterusnya Konsert Jelajah SURIA akan meneruskan sirinya di Aeon Bukit Raja Klang Selangor bersama dengan barisan artis-artis popular seperti Datin Alyah, Nabila Razali, Amir Masdi, One Avenue Band , Lan Solo, Sofarz, Ben Ladin dan Tegar. Jumpa anda di sana ya!

 

Jom sertai kemeriahan Jelajah Suria yang Dikecohkan oleh Team Pagi Suria bersama para penyampai Suria dan barisan selebriti popular di lokasi-lokasi terpilih.

Pada mereka yang tidak sempat bersama kami, dengarkan siaran langsung Jelajah Suria di frekuensi negeri anda pada hari yang sama jam 5 petang.

Klik di sini untuk info lanjut.https://www.suria.my/promos/jelajah-suria-siri-kedua/

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber