85240

JELAJAH SURIA KE SELATAN UNTUK DUA LOKASI TERAKHIR - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kekal membawakan objektif sebagai tanda terima kasih kepada pendengar-pendengar setia Suria di seluruh negeri atas sokongan tanpa henti terhadap Suria, siri Jelajah Suria diteruskan untuk tahun 2018. Selepas dua lokasi di Taiping dan Putrajaya pada 10 dan 17 Mac yang lepas, kini Jelajah Suria bakal menggamatkan dua lokasi terakhir iaitu di Seremban dan Johor Bahru.

jelajah-suria-ioi-city-mall-putrajaya

Pada 24 Mac ini bermula pada jam 2.00 petang, bertempat di Mydin Seremban 2, peminat dan pendengar boleh menemui penyampai-penyampai Suria seperti Sharifah Shahirah, Fizi Ali, Zulin Aziz, Feeya Iskandar, Bob Ringgo, Tyzo, Suraya, dan DJ Lin serta artis jemputan seperti Azaharia, Ramlah Ram, Ameng Spring, Asfan, Xpose Band, Daniesh, dan Arif Bahran yang bakal membuat persembahan di Jelajah Suria.

Pada 31 Mac pula, bertempat di Mydin Mutiara Rini, Johor Bahru, pengunjung bakal dihiburkan dengan persembahan oleh artis jemputan seperti Ezad Lazim, Projector Band, Farah Hezel, Aman Aziz, Daniesh dan ramai lagi.

Selain daripada dapat bertemu empat mata bersama artis dan penyampai Suria kegemaran, pengunjung juga berpeluang memenangi wang tunai, barangan eksklusif Suria serta hadiah misteri melalui permainan pentas dan pertandingan karaoke yang dianjurkan.

jelajah-suria-3

Sejak memperkenalkan tagline ‘Segalanya Hiburan’, stesen radio Suria kerap turun padang bertemu peminat di sekitar Lembah Klang, Pantai Timur dan Utara tanah air. Malah, Suria juga bergiat aktif dalam menghasilkan siri original seperti Jangan Tutup Lampu, Suria Jam, Apa Itu Cinta, Sensasi Suria dan yang terbaru siri travelogue Kembara Lagu Untuk Laila.

“Alhamdulillah. Melalui Jelajah Suria, jenama Suria semakin dikenali bukan sahaja melalui radio, malah melalui portal hiburan kami di suria.my yang menawarkan pengisian digital yang terbaru lagi menarik.” tambah DJ Lin.

Layari laman web www.suria.my untuk menonton video berdurasi pendek terbitan Suria seperti Suria Jam, #ApaItuCinta, siri travelogue Kembara Lagu Untuk Laila dan banyak lagi.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!