92971

Jelajah Wad Kanak-Kanak Suria Ceriakan Kanak-Kanak, Ibu dan Kakitangan Hospital - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pada 15 Mei dan 16 Mei yang lepas, sekali lagi Suria menjelajah ke Wad Paediatrik di hospital sekitar Lembah Klang sempena siri Jelajah Wad Kanak-Kanak Suria Segalanya Lebih Bermakna. Lawatan CSR kali ini ke Institut Jantung Negara (IJN) dan Hospital Putrajaya dimana penyampai Suria seperti Fizi Ali, Issey, Feeya Iskandar dan Suraya Borhan serta artis jemputan seperti Lan Solo, Siti Nordiana, Rashidi Ishak, Mimi Manan, Amir Masdi, Amir Hassan dan Kodi Rasheed bersama meraikan kanak-kanak yang terlantar atau sedang menerima rawatan di hospital berkenaan.

Tidak langsung menunjukkan kesakitan yang ditanggung, kanak-kanak ini ceria menerima kunjungan kami dan gembira berinterasi bersama penyampai Suria dan artis jemputan. Lebih menggembirakan mereka adalah apabila menerima mangkut tingkat yang berisi biskut, air kotak, mainan serta alatan melukis pemberian artis Kodi Rasheed.

Bukan itu sahaja, bersempena dengan Hari Ibu dan Hari Jururawat Sedunia, Suria turut mengedarkan pek berbuka tajaan Salai Master kepada ibu bapa dan juga jururawat yang bertugas ketika itu.

Terima kasih kepada warga kerja IJN dan Hospital Putrajaya serta para pesakit dan penjaga yang memberikan kerjasama yang sangat baik sepanjang lawatan kami. Terima kasih juga kepada Kinohimitsu di atas pemberian variasi produk Superfood kepada kanak-kanak, ibu bapa dan kakitangan hospital. Inshaallah kalau ada rezeki kita berjumpa lagi.

Layari laman web Kinohimitsu di sini untuk maklumat lanjut mengenai variasi produk Superfood dan gunakan kod promo SURIAxKINO20 ketika membeli sebarang produk Kinohimitsu.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia. Gunakan #SegalanyaLebihBermakna untuk sebarang interaksi di laman sosial.

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!