88827

Jerung Gergasi Kembali Dalam The Meg - Suria FM - Segalanya Hiburan

Jika beberapa puluh tahun dahulu siri filem Jaws pernah mencipta fenomena tentang keganasan jerung gergasi, kini muncul pula sebuah lagi filem dengan konsep yang sama bernama The Meg.

The Meg sebenarnya merupakan singkatan bagi perkataan Megalodon yang merupakan nama saintifik jerung gergasi yang pernah hidup di zaman dinosaur dahulu. Dan untuk filem ini, haiwan tersebut muncul setelah sebuah syarikat penyelidikan samudera secara tidak sengaja menemui spesis tersebut di lautan dalam.

Sejajar dengan peredaran masa, jenis teknologi yang dipaparkan dalam filem ini sudah tentu jauh lebih hebat jika hendak dibandingkan dengan filem-filem jerung era 80-an dulu.

Dan lebih menarik lagi, filem ini menampilkan pelakon aksi hebat iaitu Jason Statham sebagai teraju utama.

Bagi yang gemarkan filem penuh aksi dengan banyak kejutan serta debaran, The Meg merupakan filem yang sesuai untuk anda. Malah ia juga mungkin mampu membuat anda berasa takut untuk berenang di lautan lepas!

The Meg sudahpun mula ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia bermula 9 Ogos 2018.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!