71854

Ji Hyo Dan Jong Kook Ditendang Keluar Dari Running Man, Bukan Tarik Diri - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam SURIAfm ada menyiarkan cerita tentang Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook yang telah menarik diri dari program Running Man. Berita itu sememangnya memeranjatkan semua peminat program itu kerana boleh dikatakan Jo Hyo dan Jong Kook mempunyai peminatnya tersendiri.

jong3

Tetapi apa yang lebih memeranjatkan apabila agensi Jo Hyo dan Jong Kook telah tampil untuk memaklumkan cerita sebenar bahawa keputusan untuk mengeluarkan mereka berdua telah dibuat oleh pihak produser tanpa sebarang penjelasan mahupun perbincangan. Dalam erti kata lain, mereka berdua telah ‘ditendang’ keluar dari program tersebut.

Membuat keputusan tanpa perbincangan itu satu hal dan yang sangat menyedihkan apabila Ji Hyo hanya mengetahui tentang berita ini selepas ia menjadi tajuk utama beberapa laman web Kpop.

jong4

Jom kita baca kenyataan dari pihak agensi Song Ji Hyo dan Jong Kook dibawah.

Ji Hyo:We knew ‘Running Man’ would undergo format changes from SBS, but it’s true we found out from news reports which members would not return. We won’t comment on Song Ji Hyo’s feelings on the matter. (Kami tahu yang Running Man akan menukar format dari SBS, tetapi ia adalah benar yang kami mengetahui tentang ahli yang tidak akan kembali menerusi berita. Kami tidak akan komen tentang perasaan Ji Hyo).

Jong Kook: It’s true he was told he was leaving with no decision about the matter. It’s disappointing. He featured in the show despite his health issues because he cared about it so much. (Ia adalah benar yang Jong Kook diberitahu dikeluarkan dari Running Man tanpa mempunyai sebarang keputusan di dalam hal ini. Ia mengecewakan. Jong Kook tampil di program ini walaupun mempunyai masalah kesihatan kerana dia mengambil berat akan program ini).

Peminat Running Man meluahkan rasa marah, kecewa dan sedih dengan apa yang telah terjadi. Mereka seolah-olah tidak menghormati dan tidak menghargai jasa yang telah Ji Hyo dan Jong Kook korbankan selama 6 tahun ini.

Penulis : Fara Ismail | Sumber : Beautifulnara

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!