89315

“Jika Ikut Logik Persembahan, Sissy Iman Memang Layak Terkeluar” – Datuk Seri Siti Nurhaliza - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam ramai yang terkejut dengan keputusan juri tetap program Big Stage iaitu Faizal Tahir yang menggunakan kuasa imuniti yang dimilikinya untuk menyelamatkan Ariff Bahran dan bukannya Sissy Iman daripada tersingkir.

Ramai yang beranggapan bahawa Faizal akan menyelamatkan Sissy Iman kerana penyanyi itu dilihat berpotensi untuk melangkah lebih jauh dan juga disebut-sebut sebagai bakal juara.

Namun malangnya perkata itu tidak terjadi, dan ramai penonton yang terkejut dan berasa pelik kenapa Faizal tidak menyelamatkan Sissy Iman daripada tersingkir.

SURIA berkesempatan menemubual seorang lagi juri tetap iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza sewaktu beliau menjadi tetamu jemputan SURIA untuk segmen 100 selebriti SURIA.

Menurut Datuk Seri Siti, jika mengikut logik dari segi persembahan malam tadi, Sissy Iman memang layak tersingkir kerana memberi persembahan yang kurang memuaskan.

Bagi pendapat saya, kalau secara logik keputusan malam tadi adalah tepat berdasarkan persembahan pada malam tadi dan sepatutnya tidak menjadi isu. Tetapi jika diihat dari segi kemampuan Sissy, dia adalah seorang penyanyi yang boleh pergi jauh dan dia juga boleh ke peringkat seterusnya. Pemilihan Faizal mungkin ada sedikit kekeliruan dari pihaknya. Walaubagaimanpun perkara itu telah pun berlaku“, jelasnya.

Ditanya apakah pendapat beliau apabila ramai penonton dan netizen yang mempersoalkan penjurian daripada juri tetap dan melenting di media sosial apabila peserta seperti Andi dan Sissy terkeluar, katanya mereka tidak seharusnya melenting kerana mereka turut mempunyai kuasa untuk menyelamatkan setiap peserta yang bertanding.

Mereka tidak boleh salahkan juri tetap 100 peratus kerana kita dah beri kelebihan menerusi aplikasi Tik Tok untuk peminat undi. Dan diakui Sissy Iman sejak dari awal program dia berada di kedudukan terbawah undian Tik Tok. Kalau nak marah saya rasa lebih baik mereka ambil telefon pintar, muat turun Tik Tok dan undi. Bagi juri kita telah berikan yang terbaik dan telus dalam memberi markah. Penonton boleh tengok sendiri macam mana kita beri markah berdasarkan ciri-ciri yang diberikan oleh pihak produksi iaitu dari segi krativiti dan juga vokal”, ujarnya.

Tambah Datuk Seri Siti lagi, beliau turut ralat apabila Andi Bernadee menjadi mangsa penyingkiran pada minggu lalu namun harus akur dengan permainan pertandingan ini yang sememangnya sebegitu.

Hilangnya dua peserta yang disebut-sebut bakal menjadi juara, Datuk Seri Siti memberi pujian kepada Syafiq Farhain dan juga Baby Shima yang konsisten dan

Mengejutkan juga apabila Syafiq yang mempunyai suara sebegitu berjaya membawakan lagu Sway. Saya juga kagum dengan Baby Shima, dia menyambut cabaran itu dengan baik dan menyanyi dengan baik untuk setakat ini”, luahnya.

Menariknya program Big Stage ini, penonton boleh melihat sendiri markah yang diberikan oleh juri-juri. Dan Datuk Seri Siti sering dilihat sebagai seorang yang ‘pemurah’ dari segi pemberian markah berbanding juri-juri yang lain.

Saya melihat mereka ini semua sudah boleh menyanyi, dan mempunyai peminat. Saya menilai mereka dari segi kreativiti dan juga vokal. Yang selainnya mereka sudah mempunyai pakej tertentu. Jadi ‘standard’ saya kepada mereka ialah mereka memang sudah boleh menyanyi dan bukannya seperti peserta Akademi Fantasia yang perlu bermula dari bawah. Tapi untuk minggu-minggu akan datang ini, saya akan lebih teliti lagi kerana sudah hampir ke penghujung jadi mereka perlu memenuhi ‘standard’ yang lebih bagus jadi saya akan lebih berjaga-jaga dari segi pemarkahan“, tegasnya.

Betul juga apa yang dikatakan oleh Datuk Seri Siti tu. Anda tidak boleh salahkan juri 100 % kerana anda juga mempunyai tanggungjawab untuk menyelamatkan peserta kegemaran anda daripada tersingkir.

Kepada Sissy jangan berputus asa, jadikan ini sebagai pembakar semangat untuk menjadi lebih baik di masa akan datang. Dan kepada semua peserta Big Stage yang masih kekal, berikan persembahan yang terbaik seiring dengan status anda sebagai seorang penyanyi.

 

Sumber Photo : Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza & Aqoimran

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!