100367

Jisoo (Blackpink) Cuba Nasib Jadi Pelakon, Siap Dapat Tawaran Watak Utama - Suria FM - Segalanya Hiburan

KHABAR angin yang mengatakan anggota kumpulan Blackpink iaitu Jisoo bakal memegang watak utama buat pertama kali dalam sebuah drama terbaharu berjudul Snowdrop akhirnya terjawab.

Memetik laporan Soompi, sumber terdekat agensi pengurusan Jisoo iaitu YG Entertainment mengesahkan khabar angin tersebut adalah benar.

“Ya… memang betul Jisoo bakal membintangi drama Snowdrop dan dia akan memegang watak utama,” kata sumber.

Sebelum ini pada Jun lalu, pelakon Kim Hye Yoon dikatakan sedang mempertimbangkan tawaran untuk turut berlakon dalam drama tersebut namun tiada sebarang perkembangan mengenai statusnya.

Drama tersebut akan ditulis oleh penulis terkenal Yoo Hyun Mi dan diarahkan oleh pengarah Jo Hyun Tak.

Jisoo pernah menjadi cameo menerusi drama KBS 2TV berjudul The Producers pada 2015 dan tahun lalu dia muncul dalam drama tvN berjudul Arthdal Chronicles.

Kredit gambar dan artikel mStar dan Soompi

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!