72854

Jitra Kedah Bakal Bergegaq Malam Ini! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum Konsert SURIA 10 Tahun akan berlangsung di Darul Aman Park Jitra Kedah.

Sudah beberapa hari kru SURIA berkampung di negeri jelapang padi ini. Artis-artis yang bakal buat persembahan juga telah tiba. Antaranya Datuk Awie, Tomok, Wany Hasrita, Hazama, Black, Aiman Tino, De Fam, Azlan  Typewriters dan juga kumpulan Bunkface.

 

screen-shot-2017-12-16-at-5-10-13-pm

Sejak dari semalam lagi orang ramai sudah membanjiri perkarangan tapak konsert untuk melihat sesi latihan para-para artis yang bakal membuat persembahan.

Masing-masing teruja dan bagaikan tidak percaya mereka dapat bertemu bintang idola kesayangan mereka dan juga penyampai-penyampai SURIA seperti DJ Lin, Zulin Aziz, Suraya Borhan, Tyza, Bob Ringgo, Fizi Ali dan Abang Brian.

 

screen-shot-2017-12-16-at-5-11-05-pm

screen-shot-2017-12-16-at-5-11-34-pm

Para kru di belakang tabir telah bertungkus lumus untuk memberikan yang terbaik buat warga Kedah. Begitu juga artis-artis yang akan memberikan persembahan yang pasti meninggalkan memori indah buat warga Jitra. Paling menarik, penyampai-penyampai SURIA bakal begabung dalam satu persembahan tarian pembukaan.

screen-shot-2017-12-16-at-4-52-12-pm

screen-shot-2017-12-16-at-4-51-33-pm

Terima kasih yang tidak terhingga kepada penaja utama Konsert SURIA 10 tahun iaitu BDB Land kerana memberikan kerjasama yang sungguh baik untuk SURIA sepanjang berada di sini.

screen-shot-2017-12-16-at-4-50-59-pm

screen-shot-2017-12-16-at-5-11-19-pm

Bagi sesiapa yang tidak dapat hadir untuk menonton konsert di Jitra Kedah ini jangan risau kerana anda berpeluang untuk menonton konsert ini secara langsung di laman sesawang kami di SURIA.my, Facebook SURIA FM, YouTube SURIA TV dan juga di frekuensi radio SURIA FM.

Jangan lupa untuk tonton persembahan artis-artis hebat ini sampai ke penghujung okay sebab di penghujung nanti kita akan ada pertunjukan bunga api yang gempak gilerrrr!

Jumpa hangpa semua kat sana na!!!!!!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!