72145

Joe Akui Kesalahan Syarikat Rakaman Punca Ila Damiaa Kurang hiburan - Suria FM - Segalanya Hiburan

ila-damiaa-cuma-kamu-11

Penyanyi hip hop tersohor negara Joe Flizzow mengakui kenyataan bahawa punca Ila Damiaa kurang hiburan dalam arena seni tempatan adalah gara-gara kesalahan syarikat rakamannya sendiri, iaitu Kartel Records yang bertanggungjawab mengembangkan kerjaya artis-artis rakamannya.

Joe yang ditemui di majlis pelancaran single terbaru Ila Damiaa berjudul ‘Cuma Kamu’ di Mango’s Tropical Cafe di ibu negara baru-baru ini menjelaskan perkara itu kala diajukan pertanyaan oleh pihak media.

“Ya saya akui, sebelum ini Ila Damiaa kurang menyerlah walaupun sudah lama berada di dalam industri seni tempatan. Dan itu semua salah kami di syarikat rakaman. Mungkin kami kurang memberikan fokus terhadap kerjayanya kerana kami juga bukanlah syarikat rakaman yang besar. Kami syarikat yang kecil dan baru beberapa tahun sahaja mula bertapak ketika Ila mula bernaung di bawah pengurusan kami,” jelas Joe.

Sungguhpun begitu, Joe turut menambah bahawa dia berjanji yang Ila akan mendapat perhatian sewajarnya selepas ini, setanding dengan bakat yang beliau miliki.

ila-damiaa-cuma-kamu-14

“Tapi saya akan pastikan selepas ini semua orang akan mengenali Ila Damiaa. Dia mempunyai bakat besar. Dan kualiti vokalnya sebenarnya jauh di luar jangkaan, jadi saya mahu memastikan supaya bakatnya mendapat pengiktirafan yang sepatutnya, mulai dari detik ini,” tambah Joe lagi.

Syarikat rakaman Kartel Records milik Joe juga bertanggungjawab untuk kerjaya artis-artis hip hop ternama lain seperti SonaOne dan juga Altimet.

 

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!