91395

Joe Bakal Tampil Dengan Persembahan Sendiri di Hard Rock Cafe, KL - Suria FM - Segalanya Hiburan

Abdul Zamin bin Abdul Kadir yang lebih dikenali dengan nama pentasnya Joe adalah seorang pemain gitar kidal yang disegani dan dianggap antara pemain gitar terbaik di Malaysia.

Dengan pengalaman mencecah 32 tahun Joe dalam dalam industri muzik dan sejumlah pencapaian yang membanggakan, ini telah menarik pihak penganjur iaitu JJ Rochestra bersama Rakan Rasmi Hard Rock Café Kuala Lumpur untuk mengorak langkah merancang sebuah persembahan istimewa ‘THE BEST OF JOE’.

Persembahan eksklusif ini akan diadakan di Hard Rock Café Kuala Lumpur pada Ahad, 9 Disember 2018 bermula jam 10.30 malam. Dalam persembahan ini, Joe dijangka akan mempersembahkan karya ciptaan sendiri dari senarai ‘repertoire’ beliau yang luas selain lagu ciptaan komposer lain, terutama lagu yang mengandungi petikan gitar ‘signature’ beliau. Joe secara bebas akan memilih senarai lagu yang akan dipentaskan.

Selain Joe sebagai teraju utama, beliau akan menampilkan pemuzik undangan berkaliber iaitu Ainol sebagai pemain drums dan Rozaimi sebagai pemain bass. Kedua duanya dari kumpulan beliau sendiri iaitu Prime Domestic atau PrimeD. Selain itu Joe akan menampilkan penyanyi kedua juga pemain keyboard iaitu Adi dari
kumpulan Soul Statue. Manakala penyanyi utamanya adalah Zul, seorang penyanyi yang tidak asing dalam arena muzik kelab di sekitar Kuala Lumpur dari kumpulan Electric 5 dengan pengalaman lebih 15 tahun.

Latihan intensif telah bermula sejak 3 minggu lalu dan Joe bersama pemuzik undangan beliau dijangka akan menampilkan mood ‘heavy metal’ dalam persembahan ini. Persembahan ini akan memaparkan kemampuan sebenar Joe dalam seni permainan gitar dan akan menjadi penanda aras kepada beliau dan juga pemuzik lain. Ia juga akan membuktikan bahawa beliau mampu bergerak sendiri sebagai seorang gitaris profesional. Para peminat Joe yang merindukan petikan gitar beliau pasti akan terhibur dengan persembahan ini.

Penjualan tiket tiket berharga RM50.00 telah dilancarkan dan boleh dibeli terus dari Hard Rock Café Kuala Lumpur dengan menghubungi nombor 03 2715 5555 (Hard Rock Café Kuala Lumpur)

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!