85657

Joe Flizzow Bekerjasama Dengan Alif Dalam Sampai Jadi - Suria FM - Segalanya Hiburan

Artis Sony-Kartel Joe Flizzow melancarkan muzik video single melayu terbarunya berjudul Sampai Jadi hari ini. Beliau bergandingan dengan Alif (SleeQ) untuk single ini dan proses ‘mastering’ disempurnakan jurutera bunyi tersohor dunia iaitu Chris Athens. Muzik video Sampai Jadi bakal ditayangkan secara rasmi buat pertama kali di YouTube saluran SonyMusicKartel Vevo pada 13 April 2018.

Sampai Jadi mengambil inspirasi besar daripada pengalaman Joe Flizzow dalam industri muzik yang terus gemilang kariernya sepanjang lebih dua dekad pembabitannya.

“Sampai Jadi berkisarkan tentang adab dan tingkah laku yang diperlukan untuk berjaya dalam industri ini. Ia juga sebuah lagu untuk memberi motivasi kepada golongan muda untuk berkerja keras untuk mengecapi impian dan cita-cita. Tiada benda yang mustahil untuk di capai jika ada fokus dan disiplin.” kata Joe Flizzow.

Muzik video Sampai Jadi diarahkan oleh Zulamran Hilmi yang turut merekacipta kulit depan single ini.

“Muzik video ini adalah gambaran visual kepada lagu itu – di mana Joe mengingatkan audiens bahawa kejayaan umpama pedang dua penjuru. Kita kena sentiasa peka terhadap seseorang, sentiasa merendah-diri, dan sebagai peringatan bahawa tiada jalan pintas untuk berjaya dalam hidup maka terhasillah Sampai Jadi. Konsep video Sampai Jadi diinspirasikan daripada beberapa filem termasuklah Seven Samurai oleh Kurosawa dan Kill Bill (Quentin Tarantino). Tidak mahu membikin video hip hop yang stereotaip, kami menggunakan pendekatan berbeza dengan mentafsirkan setiap lirik lagu kepada visual. Visi kami untuk video ini adalah untuk menekankan status Joe Flizzow sebagai artis yang masih tersohor bukan sekadar pada muziknya malah visualnya juga,” kata pengarah itu.

Lagu and muzik video Sampai Jadi boleh dimuat-turun dan stream di portal muzik pada 13 April 2018. https://lnk.to/SampaiJadi

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!