84865

Joe Flizzow Jadi Duta Jam Mewah Hublot - Suria FM - Segalanya Hiburan

whatsapp-image-2018-01-26-at-10-49-23-am

Penyanyi hip hop dan rap nombor satu Malaysia Joe Flizzow melakar satu lagi kejayaan dalam hidupnya apabila jenama jam mewah buatan Switzerland, Hublot memilihnya menjadi salah seorang duta untuk jenama berprestij tersebut.

Dengan gelaran Hublot ‘Friend of The Brand’ Joe juga menjadi duta pertama jenama jam mewah tersebut di Malaysia.

Menurut Pengurus Besar The Hour Glass, Encik SK Teh, Joe Flizzow dipilih sebagai duta kerana dikatakan memenuhi persona jenama tersebut yang sinonim dengan keunikan, perbezaan dan sentiasa teratas atau pertama.

 

whatsapp-image-2018-01-26-at-10-49-23-am-1

Dianggap sebagai artis hip-hop terulung negara, Joe juga seorang ahli perniagaan yang mempunyai syarikat rakamannya sendiri iaitu Kartel Records yang membariskan ramai artis berbakat.

dsc_4512

Selain Joe, Hublot juga mempunyai duta-duta antarabangsa lain seperti pelakon Turki, Kerem Bürsin, penyanyi Lubnan Ragheb Alama, pemain bola America, Eli Manning, dan pemain tenis nombor satu dunia dari Romania  Simona Halep.

dsc_4245

Joe juga menjelaskan yang dia begitu gembira dan berbesar hati kerana diberi peluang untuk menyandang peranan ini.

“Oktober lalu saya membuat persembahan di acara ‘Art of Fusion’ dan di situ saya diperkenalkan dengan warga kerja Hublot. Dan kini saya begitu bangga dapat menyertai keluarga besar mereka dan menjadi duta bersama dengan nama-nama besar lain sambil berkongsi nilai-nilai unik yang kami punya dengan segenap dunia,” jelas Joe Flizzow ketika pengumuman ini dibuat di ibukota baru-baru ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!