72219

Johan Kongsi Video Chantiq Terkedu Dengar 'Bunyi Aneh' Sehingga Buat Netizen Pecah Perut - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semua sedia maklum tentang hubungan suami isteri diantara Johan Raja Lawak dan juga isterinya, Ozlynn yang dikatakan mempunyai perangai ‘gila-gila’ yang sama.

Aksi spontan mereka juga sering mencuit hati sehinggakan kebanyakkan video yang dimuat naik oleh mereka menjadi tular di media sosial.

2a2e9px

Baru-baru ini Johan ada memuat naik video beserta kapsyen melalui akaun perkongsian Instagram mereka dan apa yang melucukan apabila anak bongsu mereka iaitu Chantiq turut berada dalam video tersebut.

ozlynn-2017-02-03-at-1-49-20-pm

Apa yang difahamkan, Johan memuat naik video sebagai membalas dendam dengan tindakan Ozlynn yang sering berkongsi keburukan Johan di akaun Instagram mereka sebelum ini.

johan

Ooo selama nih semua buruk papa mama post kan… kali ni papa nak sajikan video ni untuk santapan ramai… jumpa dalam fon papa… lain kali kalau nak rakam video pakai fon sendiri k… oooonak smack down i kat AME secara live ehhh… yg ni rakaman jew… x perlu liveee… tp……. kejadian ni liveeee hahahahahah #sorrymama #hijackigmama #binikukentut #mukasajalawa #semuaorgkentut

Rata-rata netizen juga turut terhibur dengan aksi spontan Ozlynn dan Chantiq dalam video tersebut dan yang paling mencuit hati apabila Ozlynn juga turut meninggalkan komen berhubung hal itu yang ia dituju khas buat suaminya.

johan1johan4johan2johan3

Memang lawaklah Johan dan Ozlynn! Kami di SURIA juga tidak dapat menahan ketawa apabila melihat video tersebut. Jahatnya Johannn!! Hahaha..!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!