72389

JOM KARAOKE RAYA BERSAMA MAYA KARIN - Suria FM - Segalanya Hiburan

maya-karin-pic-2

Berita baik buat peminat Maya Karin. Sepanjang pembabitannya dalam dunia hiburan sebagai pelakon, pengacara dan penyanyi, Maya tidak pernah melupakan para penyokong serta peminatnya.

Pada tahun 2014, beliau telah mengeluarkan lagu raya berjudul ‘Pulang’. Sejak itu, lagu Pulang sering diputarkan di corong-corong radio apabila tiba Hari Raya Aidilfitri.

Bersempena bulan Syawal yang bakal tiba, pihak Warner Music Malaysia telah bekerjasama dengan Red Box Karaoke selaku penaja lokasi untuk menganjurkan pertandingan ‘Jom Karaoke Raya Bersama Maya Karin’!

Pertandingan ‘Jom Karaoke Raya Bersama Maya Karin!’ ini telah bermula pada 22 Jun 2017 dan akan berakhir pada 14 Julai 2017. Maya Karin sendiri akan berkunjung dan berkaraoke di ke tiga-tiga lokasi seperti di bawah bersama pemenang yang bertuah:
19th July 2017 – RED BOX , 1st Avenue, (KOMTAR) Penang
22nd July 2017 – GREEN BOX, Seremban 2
23rd July 2017 – RED BOX, The Gardens Mall

Kini, buat peminat setia Maya Karin, mereka berpeluang untuk memenangi sesi karaoke raya bersama Maya Karin! Satu peluang keemasan yang pastinya tidak dapat di lepaskan!

Jadi kalau anda peminat Maya Karin dan ingin menyanyi dengan Maya jangan lupa ke cawangan-cawangan Redbbox yang disebut di atas!

Untuk lebih banyak berita hiburan, klik di sini

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!