72356

Jovian Mandagie Bersuara Tentang Isu Rekaanya Diciplak - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pereka fesyen terkenal negara, Jovian Mandagie telah meluahkan rasa kesalnya terhadap pihak yang telah meniru rekaan bajunya iaitu Lisa Surihani For Jovian Mandagie yang pernah dikeluarkannya pada tahun 2013.

Menerusi akaun Instagram peribadi milik Jovian, beliau telah memuatnaik gambar rekaan bajunya yang telah ditiru hampir 100 peratus.

screen-shot-2017-06-13-at-2-56-07-pm

Dalam kapsyennya yang panjang lebar itu, Jovian telah meluahkan kekesalannya terhadap pemilik jenama yang meniru rekaannya secara terang-terangan.

unnamed-3unnamed-4

Jovian juga menjelaskan bahawa sudah hampir empat tahun beliau mendapati rekaan beliau telah diciplak dan dijual secara berleluasa di sebuah kompleks membeli belah terkenal di ibu negara.

Katanya walaupun berkali-kali bersuara mengenai isu ini, namun piahk terbabit masih melakukan perkara yang sama.

Justeru itu Jovian meminta supaya pembeli menghentikan pembelian terhadap barangan tiruan kerana butiknya juga menawarkan diskaun dengan harga yang mampu milik.

Luahan hati Jovian itu mendapat perhatian dan sokongan dari pelbagai pihak. Ramai yang memuji tindakan Jovian yang dilihat masih berhemah dalam memberi pandangan dan nasihat.

screen-shot-2017-06-13-at-3-17-58-pm

Sementara itu, netizen terus mengecam individu yang telah meniru rekaan Jovian itu. Individu berkenaan mempunyai lebih dari 1 juta pengikut di Instagram. Malah lebih banyak dari kebanyakkan pengikut Instagram pereka fesyen tersohor negara.

Semoga isu tiru-meniru ini dapat dibanteras dengan segera, tak baik makan hasil rekaan serta perit jerih orang lain yang memerah otak memikirkan idea kreatif. Tambah-tambah di bulan Ramadhan yang mulia ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!