94202

Jualan Tiket Konsert M. Nasir Satu Hikayat – 40 Tahun Perjalanan Dibuka Esok! - Suria FM - Segalanya Hiburan

Dengan kerjaya yang merangkumi 40 tahun, Dato ‘M. Nasir bakal muncul dengan lebih intim dan peribadi merapati semua penggemar Malaysia dan serantaunya dalam “KONSERT M. NASIR SATU HIKAYAT – 40 TAHUN PERJALANAN” pada 23 November 2019, Sabtu, jam 8.30 malam di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Konsert anjuran Shiraz Projects Sdn Bhd berdurasi dua dan setengah jam itu tidak boleh dilepaskan oleh mana mana peminat tegarnya kerana M. Nasir akan mempamerkan repertoir dari album pertamanya hinggalah lagu terkini dengan barisan lagu-lagu hits seperti ‘Tanya Sama Itu Hud Hud’, ‘Mentera Semerah Padi’ ‘Apokalips’ , ‘Keroncong Untuk Ana’ dan banyak lagi.

Konsert ini bakal menyaksikan cara dan gaya Dato ‘M. Nasir meraikan sokongan besar dari para peminat setianya di Malaysia dan sekitar rantau ini. Konsert yang dinanti-nantikan akan menjadi malam untuk diingati di mana beliau akan diiringi dengan band lamanya “The Gong” yang akan menampilkan 14 pemuzik handalan. Terdapat juga segmen kejutan yang akan dipamerkannya dikonsert itu.

Dapatkan tiket konsert bermula dari 2 petang, 28hb Ogos 2019 di www.myticket.asia. Tiket berharga RM 860 (Meet & Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Emas) RM200 (Perak), RM160 (Gangsa).

“KONSERT M. NASIR SATU HIKAYAT – 40 TAHUN PERJALANAN” anjuran Shiraz Projects Sdn Bhd.
Tarikh: 23 November 2019
Masa: 8.30 malam
Venue: Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre
Website: www.shirazprojects.com
Harga tiket: RM860 (Meet & Greet)
RM460 (Diamond)
RM360 (Platinum)
RM260 (Gold)
RM200 (Silver)
RM160 (Bronze)
Ticket: www.myticket.asia
Contact: 03 8605 0195
Info Hotline: 012 256 0082
Facebook: shirazprojects
Instagram: shirazprojects
Hashtag: #KonsertMNasirSatuHikayat

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!