71901

Julia Ziegler Sah Bergelar Isteri Pada 1 Januari 2017 - Suria FM - Segalanya Hiburan

Tahniah diucapkan kepada pelakon wanita, Julia Ziegler yang telah selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya, Johan yang berusia 33 tahun.

Majlis yang penuh dengan kebahagian ini diadakan di kediaman keluarga pihak perempuan di Kampung Baru.

Julia telah menerima mas kahwin sebanyak RM80 beserta wang hantaran yang telah dirahsiakan jumlahnya dari pihak Johan.

Pasangan merpati dua sejoli ini diraikan dalam majlis resepsi yang sangat ringkas tetapi penuh bermakna. 

Apa yang difahamkan, Johan merupakan seorang jurutera mekanikal dan mereka berdua telah berkenalan sejak setahun yang lalu sebelum Julia mengambil keputusan untuk membawa Johan bertemu dengan keluarganya pada Aidilfitri yang lalu.

Kami di SURIAfm mendoakan agar perkahwinan ini bahagia hingga ke akhir hayat dan semoga Julia dapat menjadi isteri yang baik ye untuk Johan. 

Cantik sangat Julia ketika majlis berlangsung. Jom kita lihat antara gambar yang kami sediakan untuk anda semua.

Sumber : Instagram Julia Ziegler

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!