95355

Jungkook (BTS) Terlibat Kemalangan, Mengaku Kecuaian Diri Sendiri - Suria FM - Segalanya Hiburan

Anggota kumpulan BTS iaitu Jungkook masih dalam siasatan polis selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Isnin.

Memetik laporan Soompi, agensi pengurusan Big Hit Entertainment mengesahkan kemalangan itu berlaku disebabkan kesilapan artisnya.

“Pihak polis masih belum tutup kes ini, jadi kami tidak boleh mendedahkan butiran selanjutnya.

“Jungkook yang memandu keretanya minggu lalu ketika berlaku perlanggaran kecil dengan kenderaan lain kerana kesilapannya sendiri.

Jungkook akui kesilapannya.

Dalam pada itu, Jungkook mengakui kesilapannya dan selain itu pihak agensi turut memohon maaf kepada mangsa terlibat.

“Jungkook turut mengakui bahawa dia telah melanggar Akta Lalu Lintas jalan sejurus selepas kemalangan itu.

“Pihak polis sudah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mengambil kenyataan mangsa selepas itu.

“Kami sekali lagi memohon maaf kepada mangsa dan kami juga memohon maaf kerana menyebabkan peminat bimbang,” ujarnya.

Kredit artikel dan gambar: mStar 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!