85229

Jurusolek Mohon Maaf Tidak Sengaja Siar Gambar Anak Dato Sri Siti - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam kecoh di media sosial apabila foto bayi perempuan Dato’ Sri Nurhaliza menjadi tular selepas ia tersebar.

Foto berkenaan dimuatnaik oleh seorang jurusolek sambilan yang dikenali sebagai Wan Noor Akmal di laman sosial miliknya.

screen-shot-2018-03-21-at-8-49-53-am

Sebelum ini, Dato’ Sri Siti dan suami memberi kenyataan bahawa mereka hanya akan menyiarkan gambar anak mereka selepas 7 hari kelahiran.

Netizen nyata marah dengan Wan Akmal yang disifatkan sebagai biadap dan tidak menghormati privasi Dato’ Sri Siti dan suami.

Menurut Wan dia mendapat gambar dan video itu daripada rakan menerusi aplikasi Whatsapp sebelum memuat naik di Facebook.

image-1

“Saya hanya berniat nak berkongsi kegembiraan. Pada awalnya, ramai yang mengucapkan tahniah. Namun, apabila seorang komen dan minta memadam status berkenaan, ramai turut komen sama. Malah, mereka mula mengecam saya.

“Ketika perkara itu kecoh, saya berada di luar. Sejurus tiba di rumah, saya perasan banyak notifikasi masuk. Baru saya sedar status berkenaan mengundang amarah banyak pihak.

“Saya terkejut dan tidak menjangka perkara itu tular. Akhirnya, saya mengambil keputusan memadam dan mennyahaktifkan akaun Facebook buat sementara waktu,” katanya kepada Harian Metro.

Wan yang menggunakan akaun Wann Arianna juga akui dia tidak tahu menahu mengenai kenyataan suami Siti yang mana mereka bakal berkongsi wajah anak selepas tujuh hari kelahiran.

“Sekali lagi saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia dan tidak sengaja untuk menyakiti hati pihak Siti.

“Kalau daripada awal saya tahu mengenai kenyataan yang mereka belum bersedia berkongsi wajah anak, saya takkan buat perkara ini. Saya akui dan sedar kesilapan saya,” katanya.

Wan walaubagaimanpun telah memadam foto berkenaan selepas menyedari ia menjadi tular dan mendapat kecaman daripada netizen.

Semoga selepas ini anda lebih peka dan sensitif dengan perkara yang melibatkan hak privasi individu lain.

 

Sumber : Harian Metro

Foto : Malaysian Review

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!