72777

Justice League Penuh Aksi dan Menghiburkan - Suria FM - Segalanya Hiburan

intl_tsr_2_1sht_jstlg_original-rev-1-vdk-nov-16-768x1280

Barangkali, filem ini merupakan salah satu filem yang dinanti-nantikan untuk tahun 2017 ini. Khasnya buat para pencinta komik dan watak-watak adiwira atau superhero.

Filem yang menggabungkan beberapa adiwira dalam satu jalan cerita ini merupakan kisah yang diambil dari siri komik jenama DC. Bagi yang kurang arif tentang dunia komik Amerika Syarikat, terdapat beberapa jenama komik yang popular, namun dua yang tersohor adalah DC dan juga Marvel.

jl-fl-0004

Sungguhpun begitu Marvel nampaknya lebih gah dalam mempromosikan watak-watak komik mereka hingga dijadikan bahan hiburan di layar perak. Filem-filem seperti Spiderman, X-Men, Avengers dan banyak lagi merupakan sebahagian daripada keluaran terkenal jenama Marvel. Manakala Superman, Batman serta Wonder Woman pula merupakan taruhan DC untuk dunia hiburan. (Itu mungkin dapat menjelaskan kepada sesetengah orang kenapa Superman dan Batman tidak pernah bertemu dengan Spiderman atau Captain America dalam filem yang sama – ini kerana watak mereka berada dalam dunia jenama komik yang berbeza!)

Sungguhpun begitu, jenama DC mula mengorak langkah yang lebih jauh dalam menggabungkan beberapa adiwira paling popular mereka dalam satu cerita.

jl-20284-59r

Justice League yang boleh juga dianggap ‘The Avengers’ versi DC memberi ruang kepada sekumpulan adiwira dengan kuasa hebat masing-masing untuk menentang kuasa jahat yang cuba menakluk dan memusnahkan semua kehidupan di bumi.

Penampilan The Flash, Aquaman dan juga Cyborg di samping Batman serta Wonder Woman merupakan satu gabungan yang hebat dan berjaya memeriahkan lagi alur cerita filem. Padat dengan aksi dan kisah-kisah yang menjelaskan serba-sedikit asal-usul peranan-peranan utama, Justice League juga menyaksikan kemunculan semula adiwira teragung dunia komik DC iaitu, Superman!

jl-cc-group-1

Jadi, untuk mengetahui apa yang berlaku pastikan anda menonton Justice League bermula Khamis 16 November di semua pawagam seluruh Malaysia!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!