88143

Justin Bieber Bertunang - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi pop terkenal dunia Justin Bieber telah mengumumkan pertunangannya bersama model terkenal Hailey Baldwin di Instagram.

Menerusi kemaskini status Instagram Bieber, penyanyi itu memberitahu bahawa mereka telah mengikat tali pertunangan pada hari ketujuh di bulan ketujuh iaitu 7 Julai 2018.

Luah Bieber di dalam kapsyen yang panjang lebar itu, dia benar-benar mencintai Hailey dan hanya akan mencintai Hailey kerana wanita itu berjaya membuatnya menjadi lebih baik.

Katanya lagi, akhirnya adik lelaki dan perempuannya berpeluang melihat sebuah perkahwinan dan keluarga yang bahagia.

Status Bieber itu telah mendapat lebih dari 8 juta likes dan hampir 500 ribu komen yang rata-rata mengucapkan tahniah kepada.

SURIA juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada pasangan ini semoga hubungan ini berakhir dengan perkahwinan yang bahagia.

 

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!