
/wp-content/uploads/2018/08/justin-bieber-and-hailey-baldwin-crying-2-1533678676.jpg)
Penyanyi sensasi Justin Bieber telah dilihat menangis di tempat awam di samping tunangnya Hailey Baldwin.
Pelbagai spekulasi telah berkeliaran selepas gambar Bieber sedang menangis itu tersebar di internet.
Dalam gambar itu kelihatan Bieber sedang menangis sambil ditenangkan oleh tunangnya.
Ramai yang membuat spekulasi bahawa hubungannya dengan Hailey sedang dilanda masalah. Namun itu bukan sebab Bieber menangis di tempat awam.
Kata Bieber, sebab dia menangis pada tempoh hari ialah kerana kadang-kadang ada masa gembira dan kadang-kadang ada masa sedih dalam hidup dan dia cuma berasa sedih ketika hari tersebut.
Bieber turut dikesan sedang membawa buka yang berkaitan dengan alam rumah tangga dan sedang serius untuk mempersiapkan urusan perkahwinan dalam masa terdekat.
Semoga Justin Bieber hidup bahagia bersama bakal isteri tercinta.