90617

Justin Bieber Sedih & Rasa Bersalah Atas Apa Yang Terjadi Kepada Selena Gomez - Suria FM - Segalanya Hiburan

Justin Bieber dilaporkan berasa sedih dan bersalah di atas nasib yang menimpa bekas kekasihnya Selena Gomez.

Baru-baru ini Selena dilaporkan telah mendapatkan rawatan kesihatan mental yang melanda dirinya kerana dikatakan terlalu bersedih selepas mendengar berita pernikahan Justin Bieber.

Justin beberapa kali dilihat bersedih dan menangis di dalam kereta isterinya Hailey Baldwin selepas mendengar berita tentang Selena.

Selena dikatakan insan pertama yang bertahta di hatinya saat dirinya sedang mengecapi puncak populariti dan Justin masih menyayanginya dan tidak sanggup melihat Selena menderita.SURIA turut bersimpati dengan nasib mereka berdua ini. Adakah cinta mereka masih kuat? Adakah keputusan Justin untuk berkahwin dengan Hailey adalah keputusan yang tepat? Semoga Selena kembali sihat seperti sedia kala.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!