72725

Kaka Azraff Kembali - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi Kaka Azraff kembali dengan single terbaru yang berjudul ‘Kembali’. Selepas berjaya dengan single Terima Kasih pada tahun lalu, ini adalah masa yang terbaik untuk Kaka mengeluarkan lagu terbaru.

‘Kembali’ merupakan karya sepenuhnya oleh The Good Fellas dengan sentuhan magis, Aliff Abdullah sebagai produser.

screen-shot-2017-10-27-at-6-21-10-pm

Menurut Kaka, ‘Kembali’ merupakan sebuah lagu yang cukup sinonim dengan jiwanya. Tidak hanya itu, single ini boleh diterjemahkan 100 peratus berkait ruang likup kehidupan peribadi dan kariernya.

Lagu ini berkisar erti kebebasan di mana seseorang yang mempunyai perasaan kurang keyakinan diri memperoleh keberhasilan ke;uar dari kepompong kesulitan hidup setelah mendapat petunjuk.

Kaka turut menekankan aspek vokal secara total untuk lagu ini. Dari segi muzik pula, kata Kaka dia menerapkan unsur irama 90an di dalam lagu ini.

Menariknya, bukan sahaja single yang dilancar, malah video muzik untuk lagu ini juga turut sama dilancarkan serentak.

Dalam klip video ini, anda dapat saksikan bagaimana Kaka mempamerkan aksi berlawan demi menyelamatkan kekasihnya yang dilakonkan oleh aktor Bront Palarae.

screen-shot-2017-10-27-at-6-27-51-pm

Kaka sanggup berlebam dan luka demi menjayakan babak-babak aksi yang memerlukan dirinya bertarung.

 

screen-shot-2017-10-27-at-6-27-03-pmTeristimewa buat peminat Kaka, lagu Kembali edaran Warner Music Malaysia ini boleh dimuat turun di semua platform digital seperti Apple Music, Spotify, JOOX, Yonder dan KKBox.

Anda juga boleh menonton muzik video ‘Kembali’ di saluran YouTube mulai 27 Oktober 2017.

Tahniah Kaka!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!