89180

“Kalau Depan-depan Berani Tak Cakap Macam Ni?” – Zara Zya - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sedang umat Islam seluruh dunia tengah menyambut ibadah korban, masih ada manusia yang berhati busuk dan gemar menabur kata-kata negatif.

Itulah yang dialami oleh pelakon popular Zara Zya apabila ada netizen telah melemparkan kata-kata negatif kepadanya sewaktu menyambut Hari Raya Aidiladha semalam.

Zara telah memuatnaik gambar ‘Selfie’ dirinya berserta kapsyen “tiada siapa yang nak beraya dengan kita”.

Namun ada seorang netizen yang telah meninggalkan komen negatif kepada Zara dengan berkata disebabkan Zara bodoh, buruk dan selekeh tiada siapa yang mahu beraya dengannya.

Sedar akan komen negatif yang ditinggalkan netizen itu, Zara telah memuatnaik semula komen netizen itu di Instagramnya dan bertanya adakah netizen itu berani untuk berkata sedemikian jika bertemu Depan-depan.

Aduh kenapa sampai begitu sekali perangai netizen ni? Di hari yang mulia ini sepatutnya kita bermaaf-maafan dan melakukan kebaikan sesama manusia.

Mungkin netizen itu ada masalah hati. SURIA nasihatkan kepada semua netizen di luar sana yang mempunyai rasa iri melihat orang lain, lebih baik kita cepat bermuhasabah diri. Kerana bahasa kita sebenarnya mencerminkan siapa diri kita yang sebenar.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!