88606

‘Kali Ini Saya Lebih Mengganas” – Hael Husaini - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi serta penulis lirik lelaki berformulasi luar biasa sedang meningkat naik dan menempa nama di persada muzik tanahair Hael Husaini terus menggegarkan industri muzik tanahair sekali lagi dengan buah tangan terbaharu daripada beliau.

Kali ini, Hael mempertaruhkan single yang diberi judul ‘Hajat’ hasil ciptaan beliau sendiri serta kolaborasi penuh serasi bersama komposer Ezra Kong.

Satu persatu hajat telah dikecapi oleh beliau dan lagu duet ‘Haram’ bersama penyanyi bersuara lunak Malaysia, Dayang Nurfaizah, merupakan antara hajat yang beliau pendamkan dan telah pun terlaksana serta membuahkan hasil diluar jangkaan.

“Syukur Alhamdulillah kerana satu-satu hajat saya telah tercapai setelah ‘Jampi’, kemudian ‘Haram’ dan kini tiba giliran ‘Hajat’ pula saya pertaruhkan untuk tatapan halwa telinga buat peminat saya dan penggemar muzik Malaysia.

Sebenarnya, ketiga-tiga lagu ini ada kesinambungannya dan saya ciptakan kesemuanya bersama Ezra.

‘Hajat’ saya terjemahkan dalam sisi yang berlainan kerana sebelum ini peminat-peminat sudah terbiasa dengan genre yang saya bawakan dan kali ini saya lebih mengganas, bermaksud saya mahukan sesuatu yang baharu dan tidak pernah saya buat sebelum ini.

Maksud ‘Hajat’ sangat mendalam bagi saya kerana ia merupakan pengakhiran kepada single-single terdahulu di mana saya ‘mencincinkan’ seseorang dan permulaan sesuatu yang baharu. Ia sangat simbolik bagi saya kerana semua orang mahu mengecap kebahagiaan suatu hari nanti.

Proses rakaman single ini memakan masa selama 2 jam sahaja dan amat mudah bagi saya untuk bekerjasama dengan Ezra kerana kami mempunyai pandangan yang sama dan masing-masing faham apa yang diperlukan untuk mencantikkan sesuatu ciptaan”, jelasnya.

Sehingga kini, lagu Hajat sudah mendapat hampir 1 juta tontonan di saluran Youtube biarpun baru 3 hari dilancarkan. Malah ramai netizen yang kagum dengan kehebatan video muzik lagu Hajat yang turut menampilkan Sherry Al Hadad, Syuhada atau Dottie dan juga selebriti media sosial popular dari Thailand, Polla Thai.

Nampaknya Hael Husaini terus memecut laju mengorak langka dalam kerjaya nyanyiannya. SURIA kagum dengan semangat Hael yang terus menerus memberikan sesuatu yang segar dan berkualiti dari segenap aspek tidak kira dari segi lagu, video muzik mahupun fesyen yang digayakannya.

Tahniah Hael Husaini!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!