72727

Kamal Adli Berterima Kasih Pada Zizan Razak - Suria FM - Segalanya Hiburan

Juara Super Spontan 2017, Kamal Adli berterima kasih kepada Zizan Razak kerana merasakan kehadiran Zizan di pentas akhir Super Spontan telah membantunya untuk bergelar juara.

“Saya rasa pasal Zizan berada di atas pentas itu membantu untuk orang undi saya. Saya ucapkan terima kasih juga dekat Zizan”, katanya.

Ditanya adakah dirinya tidak terganggu dengan jenaka mengenai kisahnya disebut di atas pentas, kata Kamal dia tidak kisah dengan perkara itu.

“Satu perkara yang saya nak jelaskan, hubungan saya dengan Zizan okay. Kami tiada masalah. Perkara yang lepas itu lepas. Saya hormat dia sebagai orang yang lama juga dalam industri”, kata bekas Hero Remaja 2008 ini.

screen-shot-2017-10-30-at-3-19-48-pm

Pada malam itu, Emma Maembong turut hadir untuk memberi sokongan kepada Kamal. Kehadiran Emma bagai memberi petanda bahawa hubungan kedua-dua selebriti ini sudah pun kembali okay.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Kamal Adli kerana telah menjadi satu-satunya peserta yang bukan dari kalangan pelawak untuk menjadi juara Super Spontan 2017.

Dah menang RM100,000 tu agaknya dah boleh masuk meminang kot. EH!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!