88634

“Kami Berlatih Bersama” – Zul Ariffin - Suria FM - Segalanya Hiburan

Semalam tular di media sosial beberapa buah foto pelakon sensasi Zul Ariffin bersama seorang wanita yang dikatakan berasal dari Ukraine.

Foto-foto yang diambil daripada akaun sosial media wanita itu memperlihatkan kemesraan mereka berdua sehingga ramai yang beranggapan dia adalah kekasih baru yang bertahta di hati Zul.

Malah di dalam salah satu gambar yang dimuatnaik, kelihatan tatu nama ‘Zul’ tertulis di atas jari wanita berkenaan.

SURIA berpeluang menemui pelakon kacak ini di majlis tayangan perdana filem Hantu Kak Limah malam tadi dan sempat bertanyakan tentang perkara ini.

Menurut Zul, dia tidak mahu mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara ini dan hanya akan membiarkan masyarakat di luar sana membuat andaian sendiri kerana walau apa jua yang dikatakan olehnya, pasti akan mengundang kecaman.

“Kami bukan pergi bercuti. Dia adalah kawan saya yang saya kenal di Thailand. Kami sama-sama berlatih (seni mempertahankan diri) di sana” jelasnya.

Ditanya mengenai tatu nama ‘zul’ yang tertulis di atas jari wanita itu, kata Zul dia sendiri terkejut dan tidak menjangkakan wanita itu akan berbuat sedemikian.

“Saya pun tak ada jawapan untuk soalan itu. Biar masa yang menentukan nanti” ,ujarnya mengakhiri perbualan.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!