91683

“Kami Jadi Miss Malaysia Intercontinental 1992, Zain Masa Tu Baru Darjah 2” – Che Ta - Suria FM - Segalanya Hiburan

Pasangan bahagia sama cantik sama padan, Rozita Che Wan dan Zain Saidin telah menyambut ulangtahn perkahwinan mereka yang kelima pada 11 Disember lalu.

Hasil perkahwinan yang bernilai RM13 juta itu, mereka dikurniakan cahaya mata comel iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 4 tahun.

Sempena meraikan ulangtahun kelima perkahwinan mereka, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta ini telah memuatnaik gambarnya bersama suami di Instagram.

Namun apa yang menarik hati netizen ialah kapsyen Che Ta di Instagramnya tentang perbezaan umur mereka.

Kata Che Ta, sewaktu beliau memenangi gelaran Miss Malaysia Intercontinental 1992, Zain pada ketika itu baru darjah 2.

Perkara yang sama turut berlaku kepada Priyanka Chopra dan Nick Jonas. Ketika Priyanka memenangi gelaran Miss World 2000, Nick baru berusia 8 tahun.

Che Ta dan Priyanka telah membuktikan usia hanyalah angka semata-mata. kedua-duanya cantik, bijak, dan berjaya dalam bidang masing-masing dan memiliki suami yang jauh lebih muda dan kacak.

Semoga Che Ta dan Zain kekal bahagia untuk selama-lamanya. Khabarnya Aaisyah dah tak sabar nak jadi kakak. Jadi apa tunggu lagi, bagi la adik kepada Aaisyah cepat. Mesti comel macam Aaisyah juga!

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!