72546

"Kami Memang Tak Akan Move On" – Nur Fazura - Suria FM - Segalanya Hiburan

Rasanya ramai yang sudah tahu apabila hujung minggu lalu kelibat Fattah Amin muncul di atas pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2017 dan memberi sejambak bunga kepada Nur Fazura yang mempersembahkan koleksinya pada malam itu.

Sejurus tamat persembahan koleksi fesyen ‘Love Worrior’ dari rumah fesyen House Of Doll by Nur Fazura, pelakon dan penyanyi itu muncul di atas pentas. Kemunculannya mendapat tepukan dan sorakan gemuruh dari tetamu yang hadir.

screen-shot-2017-08-21-at-6-35-17-pm

Tiba-tiba Fattah Amin yang duduk di barisan hadapan meluru ke atas pentas dan menyampaikan sejambak bunga kepada Fazura. Gemuruh jadinya apabila peminat kedua-dua selebriti popular berkenaan mula bersorak dari setiap pelusuk.

screen-shot-2017-08-21-at-6-31-49-pm

Menurut Fazura, beliau tidak menyangka Fattah akan naik ke pentas dan memberinya sejambak bunga. Tetapi jelitawan ini mengakui beliau menjemput Fattah dan beberapa lagi rakan artis sebagai tetamu undangannya.

screen-shot-2017-08-21-at-6-31-18-pm

“Saya pun terkejut sebenarnya. Mungkin masih dalam karektor lagi kot. Kami masih dalam karektor. Susah sikit nak move on , memang tak akan move on pun! “, katanya dalam nada berseloroh.

Pasangan ini mula mencuri tumpuan peminat seni tempatan sejak bergandingan sebagai hero dan heroin dalam drama popular, Hero Seorang Cinderella yang disiarkan di Astro Ria.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!