90907

“Kami Tidak Paksa Dia Menyanyi” – Dato’ Ramli MS - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bagi anda yang menonton program Gegarvaganza 5 (GV5), Ahad lalu, pasti anda dapat menyaksikan Zamani yang tidak dapat mendendangkan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta gara-gara tidak sihat.

Perkara ini pertama kali terjadi di pentas Gegarvaganza sepanjang lima musim program itu bersiaran.

Zamani kehilangan suaranya sehingga menyukarkan beliau untuk menyanyi lalu hanya mampu tertunduk di atas pentas. Namun semangat peminat-peminatnya tidak putus malah mereka menyanyikan lagu itu untuk Zamani termasuklah juri jemputan Dato AC Mizal.

Melihatkan situasi Zamani yang telah menyebabkan ramai penonton berasa hiba sehingga ada yang mengalirkan air mata itu, pelbagai spekulasi mula timbul terhadap apa yang berlaku.

Ada yang beranggapan ini hanyalah satu drama yang direka oleh pihak produksi dengan ‘memaksa’ Zamani untuk naik ke pentas biarpun beliau tidak dapat menyanyi.

Keputusan juri untuk menyingkirkan Zamani juga telah ditentang oleh penaja utama iaitu Dato’ Sri Aliff Syukri yang akhirnya terpaksa menggunakan kuasa imuniti yang ada padanya untuk menyelamatkan Zamani daripada tersingkir.

SURIA berpeluang bertemu dengan ketua juri iaitu Datuk Ramli MS sejurus tamat konsert minggu kelima itu untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut.’

Menurut Dato’ Ramli, beliau sudah mengetahui tentang kondisi kesihatan Zamani sejak dari awal dan menyuruh Zamani untuk bertemu dengan doktor.

Selepas dia balik dari berjumpa doktor, suara dia jadi semakin teruk. Saya telah turunkan nada lagu untuk menjadi lebih rendah. Tetapi suara dia dah koyak. Kita tak pernah paksa dia. Sebab dia minta jangan ‘modulate’ dan saya bagi. Tapi bila naik atas pentas dia langsung koyak” , jelasnya.

Ditanya adakah Zamani ada meminta untuk tidak menyanyi pada malam itu, kata Dato’ Ramli tiada permintaan sebegitu dari pihak Zamani.

Disebabkan Zamani tidak dapat menyanyi pada malam itu, juri terpaksa menyingkarkannya atas dasar peraturan pertandingan dan profesional.

Ini bukan soal kejam atau tidak. Kita kena patuh kepada peraturan Gegarvaganza atau mana-mana pertandingan. Saya kena hormat peserta lain juga. kalau saya tidak singkirkan Zamani, minggu depan kalau ada peserta yang buat drama kita tak tahu. Takkan ada 10 orang di peringkat akhir? Peraturan perlu diikut. Hak imuniti adalah hak Dato’ Sri Aliff Syukri, kita kena hormat“, ujarnya.

SURIA juga turut bersimpati denga nasib yang menimpa Zamani. Semoga Zamani segera sembuh dan dapat menyanyi seperti biasa.

 

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!