93440

Kamiliah, Nama Anak Perempuan Juliana Evans - Suria FM - Segalanya Hiburan

PELAKON Che Puan Juliana Evans yang baru menimang cahaya mata sulung berkongsi foto wajah bayinya itu di Instagram pada Ahad.

Juliana, 29, berkata kehadiran bayi perempuan diberi nama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah itu bagaikan satu mimpi yang menjadi realiti.

Dalam masa sama, dia turut berterima kasih kepada peminat yang mendoakan supaya proses kelahirannya dipermudahkan.

“Alhamdulillah, saya dah jadi ibu. Saya ingin mengucapkan terima kasih atas ucapan, saya sangat terharu.

Perkongsian Juliana Evans di Instagram pada Ahad 

Juliana Evans bersyukur dengan kelahiran Kamiliah dan menganggap ia mimpi menjadi realiti.

“Saya mahu membalas semua ucapan tetapi anak perempuan saya sudah mengambil begitu banyak masa saya, dia banyak permintaan namun saya amat menyayanginya, terasa bagai mimpi apabila akhirnya melihat dia di depan mata,” tulisnya.

Juliana selamat melahirkan cahaya mata pertamanya itu pada pukul 9.39 malam, Sabtu. Sebelum itu, abang ipar Juliana iaitu Tengku Salehuddin Ismail Shah berkongsi mengenai nama bayi berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya.

Juliana atau Juliana Sophie Johari Evans dan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah, 31, mendirikan rumah tangga pada 30 April 2017.

Menerusi laporan mStar pada 1 April lalu, pelakon drama Bella & Jamie ini berharap dikurniakan cahaya mata perempuan memandangkan keluarganya dan suami mempunyai ramai saudara lelaki.

Ini bererti impian Juliana dan suami untuk menimang anak perempuan tercapai dengan kelahiran Kamiliah.

 

Kredit artikel: mStar 

Kredit gambar: Instagram Juliana Evans

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!