72000

Kanak-Kanak Penghidap Leukemia Usia 3 Tahun Sering Sebut Nama Aiman Tino Ketika Kemoterapi - Suria FM - Segalanya Hiburan

Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun yang menghidap leukemia, Ainul sering menyebut nama penyanyi Aiman Tino sehingga ia membuatkan bapa kepada adik ini berhasrat untuk menemukan anaknya bersama Aiman Tino.

aiman-tino-hensem

“Sudah setahun anak saya disahkan menghidap kanser leukemia dan setakat ini sudah lima kali air tulang sumsum Ainul diambil.

“Sepanjang tempoh tersebut Ainul turut menjalani rawatan kemoterapi dan saya terkejut apabila dia menangis menyebut nama Aiman Tino sambil memberitahu dia kesakitan.

“Sebelum ini Ainul memang selalu menyanyikan lagu-lagu Aiman Tino dan dari situlah saya tahu dia sangat meminati penyanyi tersebut.”

Ibu kepada Ainul yang dikenali sebagai Khairani sanggup berhenti kerja sejak setahun yang lalu demi untuk menumpukan sepenuh perhatiannya kepada anak bongsunya. 

“Isteri terpaksa berhenti kerja kerana mahu memantau kesihatan Ainul dan mudah baginya untuk berulang-alik membawa Ainul ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Lagipun dia (isteri) kata, mudah untuknya menemani Ainul di wad.”

Hal ini sehingga menyebabkan jururawat dan doktor di wad pediatrik mengenali adik Ainul dengan nama panggilan Aiman Tino gara-gara minat yang ditunjukkan oleh Ainul.

“Doktor dan nurse dah panggil Ainul dengan nama Aiman Tino kerana dia selalu beritahu kepada mereka yang dia mahu berjumpa penyanyi itu.

Saya dapat rasakan Ainul akan sangat gembira jika dapat bertemu Aiman.”

Semoga Aiman Tino dapat meluangkan masa untuk berjumpa dengan peminat ciliknya ini. Yela, siapalah kita tanpa peminat walaupun peminat itu hanyalah kanak-kanak.

Sumber : Astro Gempak

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!