96775

Kang Daniel Sedia untuk Kembali Selepas Berehat akibat Kemurungan - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi Kang Daniel dilaporkan sudah bersedia untuk kembali aktif dalam industri hiburan setelah berehat sejak hujung tahun lalu.

Menurut laporan Soompi, maklumat tersebut telah disampaikan oleh salah seorang wakil dari pengurusan acara SBS F!L menerusi satu kenyataan pada Selasa.

“Kang Daniel kini berada di Amerika Syarikat sedang menjalani penggambaran  sebuah program, ‘Hello Daniel’… cumanya masih belum ada maklumat lanjut,” kata SBS F!L.

Sementara itu, pihak agensi pengurusan KONNECT Entertainment turut mengesahkan mengenai berita gembira tersebut.

“Memang betul Kang Daniel sedang shooting di Amerika Syarikat, namun tarikh siaran program itu masih belum diketahui.

“Dia turut merancang untuk persiapan album baharu tetapi sehingga kini masih belum ada jawapan. Kami akan kongsi lebih banyak maklumat setelah mendapat keputusan itu,” kata pengurusan.

Pada Disember tahun lalu, Kang mengakui dia mula berasa tekanan dan meluahkan rasa penat selepas menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Dia turut meluahkan rasa sedih apabila ahli keluarganya menjadi sasaran dan menerima kecaman serta cacian di laman sosial.

Justeru itu, dia mengambil keputusan untuk berehat sementara daripada industri hiburan.

Dapatkan bantuan profesional di klinik atau hospital sekiranya anda mengalami simptom kemurungan.

Kredit artikel dan gambar: mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!
Enable referrer and click cookie to search for pro webber