95727

Kang Daniel Umum Berehat Dari Industri Kerana Depresi - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyanyi Kang Daniel mengakui dia mula berasa tekanan dan meluahkan rasa penat selepas menerima pelbagai kecaman daripada netizen.

Memetik laporan The Star, Kang Daniel berharap ada seseorang dapat membantu mengembalikan semangatnya.

“Saya benar-benar penat. Kenapa perkara ini terlalu sukar? Ini terlalu sukar. Seseorang, tolonglah saya,” katanya.

Dalam pada itu, Kang Daniel turut meluahkan rasa sedih apabila ahli keluarganya menjadi sasaran dan menerima kecaman serta cacian di laman sosial.

Malah komen-komen negatif itu memberi kesan yang begitu besar dalam kehidupan Kang Daniel sehingga menyebabkan dirinya kemurungan.

“Tidak hanya itu, orang-orang terdekat pun terkena tempias. Keluarga saya menjadi sasaran untuk mereka menghina,” ujarnya.

SUMBER The Star

Kredit artikel dan gambar: mStar 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!