90851

Kanser Merebak Ke Saraf Tunjang, Elyana Berhadapan Risiko Lumpuh - Suria FM - Segalanya Hiburan

Penyakit kanser limfoma yang dihidapi oleh penyanyi Elyana kini telah merebak ke bahagian saraf tunjangnya.

Disebabkan sel itu telah merebak ke bahagian saraf tunjangnya, Elyana mungkin berisiko berhadapan dengan lumpuh.

Biarpun sedang terlantar sakit di hospital, namun Elyana masih sempat membuat siaran langsung di Instagramnya untuk berkongsi perkembangan lanjut tentang tahap kesihatan dirinya.

Ramai netizen yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat buatnya serta mengharapkan Elyana akan kembali sihat.

SURIA sendiri kagum melihat semangat Elyana yang begitu kuat dan masih boleh tersenyum di saat beliau sedang menanggung kesakitan yang kita sendiri tidak mampu bayangkan. Doa Suria sentiasa bersama Elyana dan semoga Elyana terus kuat melawan kanser dan sembuh seperti sedia kala.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!
    Enable referrer and click cookie to search for pro webber