97285

Kareena Kapoor Akhirnya Buka Akaun Instagram, Terima 1.3 Juta Pengikut Dalam Tempoh Tiga Hari - Suria FM - Segalanya Hiburan

Impian peminat untuk melihat sisi peribadi pelakon Kareena Kapoor akhirnya tercapai apabila bintang Bollywood ini mewujudkan akaun Instagram peribadi miliknya.

Menggunakan nama akaun @kareenakapoorkhan, ia telah memiliki lebih satu juta pengikut setelah tiga hari diwujudkan.

Dia juga telah memuat naik empat foto dan dua daripadanya adalah gambar suami tercinta Saif Ali Khan dan anak mereka Taimur Ali Khan atau digelar dengan nama manja Bebo.

“Satu-satunya orang yang saya benarkan mencuri ruangan ini,” tulisnya pada foto hitam putih bersama anak lelakinya itu.

Foto itu menerima hampir 700,000 tanda suka dan lebih 10,000 komen.

Perkongsian Kareena itu disambut baik oleh peminat dari seluruh dunia kerana sebelum ini aktres cantik ini pernah menolak dan memberitahu enggan memiliki akaun media sosial.

Bagaimanapun, baru-baru ini dia mengakui memiliki akaun rahsia yang digunakan untuk memantau laman sosial tersebut.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!