94555

Karisma Jelajah Suria Bermula Sabtu Ini Di Central I-City Shah Alam - Suria FM - Segalanya Hiburan

Komited dalam acara turun padang sebagai tanda terima kasih dan menghargai sokongan pendengar setia, Suria kembali dengan penganjuran siri Karisma Jelajah Suria yang akan diadakan di sekitar Lembah Klang, Pantai Timur, Utara dan Selatan tanah air.

Bermula pada 7 September ini bermula jam 3.00 petang, bertempat di Central i-City, Shah Alam, Karisma Jelajah Suria akan membawakan persembahan hebat daripada barisan artis-artis popular seperti Ruffedge, Syafiq Farhain, Dayang Nurfaizah, Ara Johari, Exists, Sufian Suhaimi, Shima, Tajul, Muna Shahira, Nominos Band, Zack Zakwan dan Tuah Azmi.

Selain daripada berhibur bersama persembahan artis, pengunjung juga boleh mendekati dan beramah mesra bersama mereka dan juga barisan penyampai Suria iaitu Fizi Ali, Issey, Feeya Iskandar, Sharifah Shahira, Suraya, Tyzo dan DJ Lin.

“Jelajah Suria adalah sebuah acara yang paling dinantikan oleh peminat dan pendengar setia Suria FM dan ianya sudah sinonim sebagai satu acara tahunan stesen radio Suria. Cuma yang beza kali ini adalah dengan kehadiran Karisma Cosmetic sebagai penaja kami. Oleh itu, jelajah kali ini dinamakan Karisma Jelajah Suria,” kata Cik Roslinda, Pengurus Kanan Suria atau lebih dikenali sebagai DJ Lin.

“Sememangnya penganjuran acara sebegini adalah salah satu usaha kami dalam mempertingkatkan jumlah dan meluaskan lagi sasaran pendengar Suria FM. Berdasarkan hasil kajian yang lepas, pendengar Suria mencatatkan peningkatan dan inilah masanya kami membalas semula sokongan orang ramai terhadap Suria FM.” tambah DJ Lin.

Malah, pengunjung Karisma Jelajah Suria berpeluang memenangi wang tunai dan hadiah eksklusif Suria menerusi pelbagai aktiviti pentas menarik bermula seawal jam 11 pagi antaranya menerusi pertandingan mewarna KUNTUM dan pertandingan karaoke KiraOke Suria. 

Untuk peminat dan pendengar yang tidak dapat hadirkan diri ke lokasi Karisma Jelajah Suria, Suria FM menawarkan siaran langsung acara tersebut di radio menerusi kesemua frekuensi Suria dan juga ‘live update’ media sosial Facebook dan Instagram Suria Malaysia.

Karisma Jelajah Suria seterusnya akan ke Kuantan (14 September), Johor Bahru (21 September) dan Kedah (28 September).

Dapatkan juga maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria www.suria.my dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.

Pertandingan Mewarna KUNTUM  

Pertandingan mewarna ini adalah eksklusif kepada pelanggan Majalah Kuntum dimana penyertaan terbuka kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur 6 hingga 12 tahun. Peserta mesti membawa pensel warna sendiri.

Untuk pendaftaran, sila mesej lokasi pilihan, nombor langganan, nama penuh, umur dan nombor telefon di Facebook rasmi Majalah Kuntum atau Suria FM.

 

Pertandingan KiraOke Suria

Kepada mereka yang gemar berkaraoke, ini peluang anda untuk memenangi sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM10,000!

Muat naik video anda menyanyi selama satu minit di laman sosial Instagram anda berserta hashtag #KiraOkeSuria dan kapsyen Saya rasa suara saya kira ok dan saya nak berentap di Jelajah ( Lokasi Pilihan Anda : Shah Alam atau Kuantan atau, Johor Bahru atau Alor Star)

10 peserta akan dipilih untuk berentap di setiap lokasi Jelajah Suria pilihan mereka dan pemenang di setiap lokasi akan kembali bersaing di ‘Grand Finale’ KiraOke pada 12 Oktober ini.

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!