71896

Kecik Dedah Punca Sebenar Dia Disingkirkan Dari Hyper Act - Suria FM - Segalanya Hiburan

Sebelum ini, vokalis kumpulan Hyper Act, Kecik telah ditamatkan kontraknya sebagai penyanyi utama kumpulan itu. Isu Kecik ini telah menjadi tanda tanya peminat-peminat Hyper Act yang hendak tahu punca sebenar apa yang sudah terjadi.

e1ade5_51694391868b4a18acee2abf598975e3-jpg_srz_980_980_85_22_0-50_1-20_0-00_jpg_srz

Yela mana taknya, mula-mula Ronnie dan sekarang ini giliran Kecik pula.

Kepada Yang tertanya-tanya itu, jom baca penjelasan Kecik tentang isu ini. Tuan empunya badan sendiri tampil untuk menjawab segala spekulasi yang melanda dirinya dan kumpulan Hyper Act.

 

Kekuatan Hyper Act bukan nya terletak di tangan penyanyi. Tak kisah siapa yg menyanyi. Cuba semua pikir. RONNIE start karier dgn SUNDAY kan? pastu bergerak solo, lepastu join kumpulan SLAM tapi RONNIE dikenali dgn band mana? Hyper Act kan? Yes. Sebab apa? Sebab ciptaan lagu. Tapi sekarang pun RONNIE masih lagi berjaya mengibarkan sayapnya sebab apa? Sebab rezeki itu datangnya dari Tuhan bukan dari manusia. Tahniah RONNIE. Jujur saya cakap Hyper Act ini salah satu band di malaysia yg banyak menghasilkan lagu2 yg berkualiti. Antara lagu2 HYPER ACT yg famous “HANYA AKU” “HARAPAN” “KUTIBALAGI” “PASTI SEMPURNA” dan banyak lagi. Tak macam sesetengah lagu yg biasa kita dgr dia radio setiap hari tapi hanya famous sehari dua sahaja lepas tu tenggelam terus. Saya berjaya tempa nama di dalam industri pun disebabkan ciptaan lagu daripada FROZEN. “TAKKANPERGI” merupakan hasil karya FROZEN (komposer) yg sgt berjaya membuka mata pendengar2 di malaysia untuk membuktikan tanpa RONNIE EX VOKALIS pun HYPER ACT mampu untuk terus berkarya dan bertahan sampai ke hari ini. Di dalam hal ini saya rasa semua org salah faham dgn apa yg berlaku. HYPER ACT langsung tidak bersalah. Mereka lah yg memberi peluang untuk saya menggalas tanggungjawab sebagai VOKALIS. HYPER ACT byk membantu saya, dari segi nyanyian, penguasaan pentas, cara bercakap dan mcm2 lagi. Walaupun tugas ini terlalu berat buat saya tapi alhamdulillah saya berjaya memikul tugas ini selama lebih setahun. Jodoh,takdir dan pertemuan ini ketentuan ilahi. Kita hanya merancang tuhan menentukan. Ahli ahli HYPER ACT semua tidak bersalah. Masalah ini berpunca daripada hal peribadi saya dgn FROZEN. Saya bergaduh mulut dgn dia masa bulan september. Selepas itu saya diharamkan masuk ke studio daripada bulan SEPTEMBER sampai lah tarikh saya umumkan keluar dari HYPER ACT. Show2 dari bulan SEPTEMBER hingga DISEMBER semuanya saya praktis sendiri tanpa HYPER ACT. Walaupun agak susah tapi saya kena hadap. Sbb ini jalan yg saya pilih. FROZEN tetap dgn ego dia xnak memaafkan saya. Saya cuba untuk berjumpa minta maaf tapi dia xnak sbb dia berpegang dgn jati diri dia “Sudah diludah xkan dijilat balik” . Tak salahkan dia. Maafkan saya.

A photo posted by MILO (@kecik_ogiee) on

Semoga tali persahabatan antara Kecik dan FROZEN dapat dipulihkan seperti sedia kala. Yela, tiada gunanya kalau kita nak ego tak tentu pasal sebab benda itu akan memakan diri sendiri juga satu hari nanti.

Penulis : Fara Ismail | Sumber : Instagram Kecik

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!