72305

Kecoh Apabila Penyampai Suria Berlakon Drama Raya - Suria FM - Segalanya Hiburan

unnamed-13

Baru-baru ini kru suria berkesempatan meninjau di sebalik tabir penggambaran drama raya pertama Suria TV yang berjudul ‘Kuih War.’

Drama yang akan disiarkan secara atas talian di Suria TV ini membariskan penyampai-penyampai popular Suria seperti Halim Othman, DJ Lin, Zulin Aziz, Fizi Ali, Tyzo, Suraya Borhan, Abang Brian dan Bob Ringgo.

unnamed-7

Menariknya lagi drama ini turut dibintangi pelakon komedi terkenal Didie Alias bersama beberapa pelakon yang lain seperti Anas Ridzuan, Najua P. Ramlee serta Rose Nicotine. Ia turut menampilkan artis jemputan seperti Sarah Fazny, Ronny Hussein dan Drama Band.

Memang kecoh habis apabila kesemua mereka ini bergabung dalam satu drama. Mana tidaknya ada sesetengah dari kalangan mereka yang baru pertama kali merasai pengalaman berlakon.

Antaranya ialah Abang Brian dan Bob Ringgo. Menurut Brian, ini adalah kali pertama beliau berlakon drama dan dia tidak menghadapi kesukaran menyesuaikan diri kerana berjaya menghafal skrip dengan baik.

screen-shot-2017-05-24-at-12-06-23-pm

Halim Othman kembali ke set penggambaran setelah hampir 16 tahun tidak berlakon. Kali terakhir Halim muncul sebagai pelakon adalah menerusi filem Idola.

unnamed-14

Begitu juga dengan Tyzo yang dulu pernah popular sebagai pelakon drama di awal kemunculan beliau dalam industri seni.

Bagi Suraya pula, ini bukanlah kali pertama beliau beraksi di hadapan kamera sebagai pelakon. Beliau sudah merasai pengalaman yang sama sewaktu bertugas di tempat lama dahulu. Jadi tidak susah untuknya menyesuaikan diri.

unnamed-5

DJ Lin pula tidak menghadapi sebarang masalah di set penggambaraan, kerana wataknya untuk drama ini sudah sebati dengan dirinya.

Menurut DJ Lin, sebelum ini beliau pernah berlakon sebagai anggota polis untuk sebuah filem. Namun sayangnya filem itu sampai sekarang masih belum ditayangkan.

unnamed-9

Lain pula bagi Zulin Aziz yang memang sudah dikenali umum sebagai seorang pelakon yang berbakat besar. Menurut Zulin, beliau sangat teruja dapat berlakon untuk drama Kuih War kerana dapat melepaskan rindu berada di set penggambaran setelah sekian lama tidak berlakon.

Zulin juga tidak menghadapi sebarang masalah berlakon bersama mereka yang kurang berpengalaman dalam bidang lakonan kerana sepanjang penggambaran mereka asyik ketawa dengan telatah masing-masing.

unnamed-8

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Fizi Ali lahir dari rancangan realiti Pilih Kasih. Namun beliau memilih untuk menjadi penyampai radio. Peluang untuk berlakon drama raya Suria TV ini dimanfaatkannya sebaik mungkin.

Fizi turut menjelaskan bahawa dia tiada masalah untuk berlakon bersama penyampai yang lain terutamanya Zulin Aziz yang pernah menjadi kekasihnya beberapa tahun lalu.

screen-shot-2017-05-24-at-12-07-15-pm

Pelakon berpengalaman Didie Alias menjelaskan bahawa peluang untuk berlakon dalam drama online ini disifatkannya sebagai sesuatu yang baru dan harus diberi sokongan seiring dengan peredaran masa yang lebih memfokuskan kepada media digital.

Menurut artis yang sering mendapat jolokan ‘Lady Gaga’ Malaysia ini, bukan senang untuk mendapat peluang berkumpul beramai-ramai bersama dengan penyampai-penyampai radio.

unnamed-6

Katanya lagi, keunikan penyampai-penyampai radio ini adalah suara mereka yang sememangnya sinonim di corong-corong radio.

Jangan lupa untuk menyaksikan kekecohan mereka semua dalam drama Kuih War yang akan ditayangkan di Suria TV (YouTube) dan Suria.my bermula 13 Jun 2017.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!