87386

Kecoh Cabaran Memasak Ceriakan Ramadan Bersama Scotch-Brite - Suria FM - Segalanya Hiburan

Bagaimana agaknya keadaan di dapur apabila 9 pasangan beraksi dalam cabaran memasak bersama Scotch Brite? Memang kecoh jadinya apabila kesemua perserta yang terlibat perlu memasak semula hidangann yang disediakan oleh Masterchef  Dr Ezani.

Setiap peserta perlu melihat demo masakan oleh Chef Dr Ezani yang menyediakan dua hidangan khas. Selepas itu mereka perlu memasak semula hidangan berkenaan dan akan diadili melalui kreativiti serta persembahan makanan mereka.

Huru-hara juga jadinya dengan gelagat para peserta di dapur tatkala cabaran bermula. Ada peserta yang melatah, ada juga peserta yang sedang mengandung, itu belum lagi peserta yang terpaksa melihat anaknya yang menangis.

Lebih kecoh jadinya apabila pengacara program iaitu Feeya Iskandar atau Cik Piah sering mengusik para peserta dengan mulut becoknya.

Kalau nak tengok macam mana kecohnya peserta-peserta di dapur dan siapa yang bakal menjuarai cabaran memasak bersama Scotch Brite ini, jangan lupa saksikan episod pertama Ceriakan Ramadan bersama Scotch Brite di Youtube Suria Malaysia dan juga Facebook.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!