92729

Kedamaian Kemanusiaan Berhad Dan Ella Lancar Kempen #1follower1ringgit Untuk Palestin & Syria - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kedamaian Kemanusiaan Berhad (KKB) julung kalinya berkolaborasi bersama Ratu Rock negara, Ella melancarkan kempen #1follower1ringgit untuk mengutip dana yang akan disalurkan kepada pelarian Palestin dan Syria di Lubnan.

Lubnan mempunyai jumlah pelarian per kapita tertinggi di dunia. Dianggarkan 1.5 juta pelarian Syria dan hampir 285,000 pelarian Palestin berjumlah lebih daripada seperempat penduduk Lubnan. Ini telah memberi tekanan yang luar biasa kepada perkhidmatan awam dan menjejaskan keseimbangan demografi negara, mengancam untuk memberi kesan kepada kestabilan politik Lubnan sendiri.

Konflik yang berterusan di Palestin dan Syria, telah menyumbang kepada penambahan jumlah pelarian setiap tahun, menjejaskan sektor makanan dan pertanian Lubnan, sekaligus menjadi penyebab mengapa lebih banyak dana diperlukan untuk keberlansungan hidup mereka. Menurut data yang diperolehi dari Jabatan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 70 peratus perlarian Syria mengahadapi masalah kekurangan bekalan makanan dan 95 peratus pelarian Palestin mengalami masalah yang sama.

Status pendidikan dan kesihatan turut terjejas teruk di mana menurut Jabatan Pendidikan Menengah Lubnan, hanya 2,709 pelarian Syria dan 867 pelarian Palestin telah mendaftar di pendidikan menengah awam, dan hanya sebahagian dapat meneruskan pengajian ke tahap lebih tinggi. Pelarian sering mengalami masalah perubatan yang kompleks termasuk kecederaan fizikal dan trauma psikologi.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), 74 peratus pelarian wanita tidak menerima sebarang rawatan selepas bersalin. Dan antara penyakit yang paling lazim di kalangan pelarian adalah penyakit kulit, masalah pencernaan, dan penyakit pernafasan serta gangguan mental dan psikiatri yang berkaitan dengan trauma. Terdapat juga di kalangan mereka yang mempunyai keadaan kesihatan kronik termasuk hipertensi, diabetes, dan kanser.

Bagi memastikan bantuan berterusan dapat diberikan kepada pelarian di sana, KKB berbesar hati atas kesudian Ella dan Kapten Azhar dan juga atas inisiatif diberikan untuk menjadi ikon kemanusiaan bagi menjayakan kempen #1follower1ringgit ini.

Sasaran kempen ini adalah untuk mengutip dana sebanyak RM300,000 hingga RM500,000 bagi menampung keperluan pendidikan, kesihatan, makanan dan kewangan pelarian Sebahagian aktiviti kempen ini adalah mengadakan lawatan ke beberapa kem penempatan pelarian untuk melihat sendiri keadaan hidup mereka di sana. Kami juga akan membawa ikon kemanusiaan kempen ini, Ella dan Kapten Azhar melawat beberapa keluarga untuk mendengar kisah mereka cabaran hidup sebagai pelarian, lawatan ke sekolah dan pengagihan bantuan makanan di kem.

Lawatan ini juga diharapkan dapat memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai realiti kehidupan yang dialami oleh pelarian Palestin dan Syria di sana, dan melahirkan rasa syukur dengan kehidupan kita di Malaysia. KKB juga berharap kempen #1follower1ringgit ini dapat menjadi jambatan untuk orang ramai yang ingin membantu mereka. Kempen ini telah bermula pada 15 Febuari 2019 dan akan berlansung sepanjang bulan Ramadan 1440H bagi membolehkan lebih ramai orang turut serta meyumbang bersama Ella dan Kapten Azhar.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen atau program KKB, sila layari laman web rasmi KKB iaitu www.kkb4u.org atau hubungi KKB di talian tetap 03-2181 7552. Bagi mereka yang ingin membuat sumbangan, salurkan sumbangan anda ke nombor-nombor akaun berikut atas nama:

 

KEDAMAIAN KEMANUSIAAN BERHAD

MAYBANK | 5571 5731 5233

BANK ISLAM | 140140 101 52198

RHB | 2641 330 0023 705

 

 

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!