88779

Kejutan Sarah Suhairi - Suria FM - Segalanya Hiburan

Ahad lalu telah berlangsung konsert pertama program terbaru Big Stage yang membariskan penyanyi-penyanyi baru ‘mengasah taring’ di pentas berskala besar.

Dalam 10 penyanyi yang bertanding, terdapat seorang bintang baru yang benar-benar meyerlah di malam itu.

Bintang yang dimaksudkan itu ialah Sarah Suhairi yang menyanyikan lagu Pedih pada malam konsert yang pertama.

Sarah Suhairi nama yang masih hijau di dalam industri muzik, namun sudah berjaya mengumpul markah kedua tertinggi sebanyak 89.33% pada minggu yang pertama.

 

Persembahan Sarah mendapat sorakan gemuruh daripada penonton yang hadir serta mendapat pujian daripada ketiga-tiga orang juri.

Sarah sewaktu ditemui sewaktu sidang media sejurus tamat konsert berkata dia benar-benar tidak menyangka dengan sambutan yang diberikan penonton terhadap persembahannya.

“Sejujurnya saya tidak meletakkan apa-apa harapan terutamanya kepada para juri kerana mereka semua adalah legenda. Saya memang gembira dengan keputusan pada malam ini biarpun tidak mendapat nombor satu. Tetapi saya tidak mahu berasa selesa sangat dengan keputusan ini kerana perjalanan saya masih panjang”, jelasnya.

Tidak pernah terlibat dengan mana-mana pertandingan mahupun membuat persembahan di pentas sebesar Big Stage, Sarah menggunakan peluang ini untuk menunjukkan siapa sebenarnya Sarah Suhairi.

“Sarah ingin berterima kasih kepada peluang yang diberikan untuk menyertai Big Stage. Ini adalah platform yang terbaik untuk saya tunjukkan bakat saya”, ujarnya.

Tahniah SURIA ucapkan buat Sarah Suhairi dan semoga berjaya dalam program Big Stage.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!