72528

Keliling Dunia Altimet - Suria FM - Segalanya Hiburan

kd-single-cover-jpg

Menyusuli kejayaan besar Altimet dalam single sebelum ini, “Amboi”, penyanyi rap itu kembali dengan single terbaru yang berjudul “Keliling Dunia” yang sebahagian besar diinspirasikan semasa jelajah 2016 beliau ke Eropah dan USA untuk South by Southwest (SXSW).
“Keliling Dunia” mendapat sentuhan Navin D’Navigator dan lirik ditulis oleh Altimet sendiri. Lagu yang
berentak rancak dan bernuansa jazz itu dirakamkan secara langsung bersama alat-alat muzik yang dimainkan oleh ahli-ahli kumpulan The Kawan Band.

“Kami (Altimet & The Kawan Band) banyak menjelajah di peringkat antarabangsa, maka kami mencapai kata sepakat untuk menghasilkan sebuah lagu yang menggabungkan genre hip-hop dengan alat-alat muzik ‘live’. Setelah bertungkus-lumus bersama semua ahli The Kawan Band di studio, “Keliling Dunia” adalah hasil sulung dari eksperimen ini,” jelas Altimet.
“Keliling Dunia” boleh didapati di iTunes dan semua platform digital yang lain.

Tontoni muzik video rasmi di laman sesawang Altimet di http://altimet.com.my

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!