90695

Kembali Sertai Maharaja Lawak Mega, Bukti Shiro Tidak Bergaduh - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kumpulan lawak popular Shiro yang dianggotai oleh dua sahabat baik iaitu Shahrol dan Ajak kembali menyertai program realiti lawak Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018).

Penyertaan mereka berdua di gelanggang MLM2018 telah membuktikan sekali gus menepis dakwaan bahawa dua pelawak ini sedang bermasam muka.

Sebelum ini, Ajak pernah memuatnaik ucapan dan luahan hatinya kepada Shahrol sewaktu rakan baiknya itu sedang berjuang dalam Super Spontan 2018.

Dalam ucapan itu, Ajak berkongsi apa yang sering berlaku kepada mereka berdua sehinggakan timbulnya spekulasi dan dakwaan bahawa mereka bergaduh.

Namun dengan kembalinya kumpulan Shiro di pentas MLM2018, segala spekulasi yang tidak baik tentang mereka berdua ternyata tidak benar.

Tahniah SURIA ucapkan buat Shahrol dan Ajak dan selamat berjuang di pentas MLM2018. Semoga kalian muncul sebagai juara untuk tahun ini.

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!