90253

“Kemenangan Di APM Tebus Kekecewaan Yang Telah Saya Lupakan” – Ayda Jebat - Suria FM - Segalanya Hiburan

Kemenangan pelakon dan penyanyi popular Ayda Jebat di Anugerah Planet Muzik (APM) baru-baru ini untuk kategori Lagu Terbaik Malaysia telah menebus kekecewaannya yang lalu.

Umum mengetahui lagu Mata pernah gagal untuk ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu tahun lalu, dan perkara itu sedikit mengecewakan pelakon Cinta Bukan Kristal ini.

Kemenangan di APM baru-baru ini juga merupakan kemenangan pertama buat Ayda dalam kategori terbaik. Sebelum ini Ayda kerap memenangi anugerah yang melibatkan populariti dan undian peminat.

Saya rasa macam mimpi. Lagu Mata adalah antara lagu saya yang paling terbaik. Mata merupakan satu lagu yang saya buat sepenuh hati untuk pertandingan.

Mungkin kalau dikalangan kita tidak perasaan tentang perkara itu. Tapi Alhamdulillah tuhan tu nak tunjuk juga bahawa orang luar yang lebih menghargai lagu ini.

Saya rasa sangat bertuah sebab kita tak paksa orang untuk terima lagu kita. Saya sangat gembira kerana saya dapat buktikan bahawa walaupun kita dah kalah sekali, tapi tak bermakna esok, lusa tahun depan anda tak boleh menang”, luahnya.

Ditanya adakah kemenangan ini telah menebus kekecewaannya yang lalu, kata Ayda kemenangan ini hadir saat beliau sudah lupakan kesedihan dan kekecewaan lalu.

Kemenangan ini menebus kesedihan, kekecewaan yang sebelumnya di mana saya dah lupa pun benda tu. Tapi tiba-tiba kemenangan ini berlaku.

Sebenarnya banyak lagu yang saya hantar antaranya Pinjamkan Hatiku dan Bagai Pelangi tapi juri memilih lagu Mata. Saya pun tertanya-tanya kenapa mereka memilih lagu Mata.

Sewaktu mereka minta saya menyanyikan lagu Mata pun, saya cakap kepada mereka boleh tak saya nak menyanyi lagu lain. Tapi mereka memang nak saya menyanyi lagu Mata kerana lagu ini telah tercalon dalam Top 5. Saya rasa macam okay mesti ada sesuatu yang istimewa tentang lagu ini yang sebenarnya orang lain tak nampak atau mungkin saya sendiri macam kabur-kabur juga tapi juri nampak“, ujarnya.

 

Ayda ditemui di majlis memperkenalkan warna terbaru telefon pintar Oppo F9 dimana Ayda telah dilantik untuk menjadi jurucakap kepada telefon pintar tersebut. Tahun ini merupakan tahun keempat Ayda dilantik sebagai duta jenama telefon pintar terkemuka itu.

Jika beberapa selebriti lain yang pernah dilantik menjadi duta Oppo telah pun menamatkan khidmat mereka, namun nama Ayda masih setia bersama jenama itu selama lebih empat tahun.

Alhamdulillah, mungkin sebab komitmen yang saya berikan kepada mereka. Sebenarnya Oppo ini ibarat membesar bersama saya. Mereka turut terlibat dalam muzik video pertama saya Siapa Diriku. Dan sewaktu itu karier lakonan dan nyanyian saya sedang naik. Jadi perjalanan kami seiring. Saya sangat gembira dapat menjadi sebagaian daripada keluarga Oppo dan semoga kekal”, jelasnya.

Tahniah SURIA ucapkan kepada Ayda Jebat diatas kemenangannya di APM yang lalu serta masih menjadi kepercayaan Oppo untuk mengekalkannya sebagai duta.

Kemenangan Ayda ini boleh kita jadikan sebagai pembakar semangat bahawa jika anda kalah hari ini, tidak bermakna anda tidak akan menang hari esok, lusa dan selamanya.

 

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
    Please wait...
    Dengarkan Sekarang!